Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

AfterSekolah penghubung belia ke peluang kerjaya

Zailani by Zailani
23 Aug 2026
in Semasa
0
AfterSekolah penghubung belia ke peluang kerjaya
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 23 OGOS ( Berita Harian) – AfterSekolah by Aspire Youth PLT membawa pendekatan baharu dalam pembangunan bakat belia menerusi platform yang menghubungkan potensi anak muda dengan peluang kerjaya.

Dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI), platform itu membantu peserta memilih laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), peningkatan kemahiran atau pekerjaan mengikut kekuatan dan minat masing-masing.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026

Berpegang kepada kepercayaan bahawa bakat wujud di mana-mana, tetapi peluang tidak semestinya dapat diakses oleh semua, AfterSekolah memberi tumpuan kepada golongan belia yang memerlukan bimbingan untuk membina masa depan. Pendekatan itu membuka lebih banyak pilihan selain laluan akademik tradisional.

Penubuhan AfterSekolah bukan bermula daripada idea perniagaan semata-mata, sebaliknya lahir daripada pengalaman pasukan pengasas yang pernah berkhidmat dalam bidang pendidikan, pembangunan belia, kesihatan mental serta industri makanan dan minuman (F&B).

Mereka mendapati ramai pelajar berbakat gagal melihat hala tuju kerjaya hanya disebabkan keputusan akademik atau kekangan kewangan. Pada masa sama, industri pula berdepan cabaran mendapatkan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dan bersedia memasuki alam pekerjaan.

Kesedaran itu mendorong AfterSekolah membangunkan sebuah platform yang menghubungkan bakat dengan peluang secara lebih sistematik. Inisiatif itu turut mengubah persepsi bahawa kejayaan tidak hanya bergantung kepada pendidikan universiti, sebaliknya boleh dicapai menerusi TVET, peningkatan kemahiran dan latihan berasaskan industri.

Keunikan AfterSekolah terletak pada pendekatannya yang bukan sekadar memadankan belia dengan peluang, tetapi menyediakan mereka untuk berjaya. Setiap peserta memulakan perjalanan melalui proses pemprofilan interaktif bagi mengenal pasti kekuatan, minat dan aspirasi sebelum mengikuti program pembelajaran sosial dan emosi (SEL) yang membina kemahiran seperti kesedaran diri, komunikasi, daya tahan serta kesediaan memasuki alam pekerjaan.

Berdasarkan profil dan matlamat yang dikenal pasti, peserta kemudian dibimbing ke laluan TVET, program peningkatan kemahiran atau peluang pekerjaan menerusi rangkaian rakan industri. Sokongan itu diteruskan walaupun selepas penempatan bagi memastikan mereka terus mendapat bimbingan dan keyakinan ketika membina kerjaya.

Penyertaan dalam Shell LiveWire Malaysia 2026 menjadi pemangkin penting kepada perkembangan AfterSekolah apabila mengukuhkan keyakinan bahawa penyelesaian yang dibangunkan mampu memberi impak lebih besar kepada masyarakat.

Program itu turut membuka peluang kepada syarikat memperluaskan rangkaian, memperkukuh model perniagaan dan mempercepatkan pertumbuhan perusahaan.

Previous Post

KPF Umum Dividen 5 Peratus, Agih RM102.1 Juta Kepada Anggota

Next Post

Polis Kelantan siasat penemuan remaja perempuan tidak bermaya di tepi jalan

Next Post
Polis Kelantan siasat penemuan remaja perempuan tidak bermaya di tepi jalan

Polis Kelantan siasat penemuan remaja perempuan tidak bermaya di tepi jalan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil