Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA perkasa pembangunan masyarakat di Pagoh

Zailani by Zailani
7 Jul 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA perkasa pembangunan masyarakat di Pagoh
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PAGOH, 7 JULAI – Hampir 200 usahawan wanita dari sekitar Parlimen Pagoh menyertai Program Pemerkasaan Wanita dan Komuniti MARA 2026 yang bertujuan memperluaskan akses kepada kemudahan pembiayaan, pembangunan keusahawanan serta peluang pendidikan yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

Program berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara merangkap Ahli Majlis MARA, Yang Berhormat Senator Datuk Rosni Sohar.

Pada majlis itu, empat usahawan tempatan menerima kemudahan pembiayaan MARA sebagai sokongan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Dalam usaha memperkukuh pembangunan pendidikan masyarakat, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) turut menyampaikan sumbangan pendidikan berjumlah RM5,000 kepada 50 pelajar daripada keluarga B40 di sekitar Parlimen Muar.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MARA untuk memperluaskan manfaat pembangunan ekonomi dan pendidikan kepada masyarakat, khususnya golongan wanita yang dilihat berperanan penting sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi keluarga dan pembangunan komuniti.

Dalam ucapan alu-aluannya, Penggerak Wanita DUN Bukit Pasir, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Anita Darwis berkata, akses kepada latihan, pembiayaan dan peluang pembangunan yang berterusan amat penting bagi membantu lebih ramai wanita meningkatkan keupayaan diri, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan keluarga serta pembangunan komuniti setempat.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Encik Mohd Amran Mohd Ariffin; Pengerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Datuk Hj. Ismail Mohammed; Pengarah MARA Negeri Johor, Encik A. Razu Abdul Razak; serta Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Encik Mohd Khaizan Dahlan.

Seiring sambutan 60 Tahun MARA, pelbagai inisiatif berimpak tinggi akan terus dilaksanakan bagi memperkukuh agenda pemerkasaan wanita, pembangunan komuniti dan pendidikan Bumiputera, sekali gus melahirkan masyarakat yang lebih berdaya tahan, berkemahiran dan berdaya saing.

Previous Post

Kerjasama MARA, Bursa Malaysia perkasa literasi kewangan Bumiputera

Next Post

Microsoft buang hampir 4,800 pekerja akibat peningkatan pelaburan AI

Next Post
Microsoft buang hampir 4,800 pekerja akibat peningkatan pelaburan AI

Microsoft buang hampir 4,800 pekerja akibat peningkatan pelaburan AI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil