Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Intervensi kerajaan lindungi PKS daripada tekanan kos tenaga – SAMENTA

Zailani by Zailani
13 Jul 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Intervensi kerajaan lindungi PKS daripada tekanan kos tenaga – SAMENTA
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 13 JULAI ( Berita Harian ) – Tindakan intervensi pantas kerajaan dalam menangani impak krisis tenaga global berjaya melindungi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada kesan paling buruk, sekali gus membolehkan ekonomi domestik kekal berdaya tahan ketika banyak negara lain bergelut dengan tekanan geopolitik dan kenaikan kos tenaga.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng berkata, langkah fiskal yang tepat, pengurusan rantaian bekalan secara strategik serta pelbagai bantuan kewangan bersasar yang diperkenalkan kerajaan menjadi faktor utama kejayaan Malaysia mengekalkan kestabilan ekonomi.

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

Beliau berkata, ketika ketegangan geopolitik memuncak pada awal tahun ini, sektor PKS bersiap sedia menghadapi kemungkinan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi AS$100 setong, peningkatan inflasi serta gangguan rantaian bekalan yang boleh mencetuskan penutupan operasi perniagaan.

“Majoriti PKS mengambil langkah awal dengan memperkemas kecekapan operasi, menangguhkan perbelanjaan yang kurang kritikal seperti pemasaran, latihan pekerja dan penyelenggaraan, selain mempelbagaikan rantaian bekalan dengan memberi tumpuan kepada rakan dagang serantau yang lebih stabil.

“Namun selepas lima bulan, senario terburuk yang dibimbangi tidak berlaku apabila ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi memberangsangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ng berkata, walaupun harga minyak Brent meningkat 27 peratus tahun ini dengan purata sekitar AS$93 setong, ekonomi Malaysia masih mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026.

Beliau berkata, sektor peruncitan dan perbelanjaan domestik turut kekal kukuh tanpa berlaku gelombang penutupan perniagaan atau pemberhentian pekerja secara besar-besaran seperti yang dialami beberapa negara jiran.

Kejayaan itu katanya didorong komitmen kerajaan mengekalkan subsidi petrol domestik serta penguatkuasaan langkah antipencatutan yang berjaya mengawal inflasi di bawah paras dua peratus.

“Keadaan ini mengelakkan kos operasi PKS meningkat secara mendadak, sekali gus membolehkan perusahaan terus beroperasi dalam persekitaran yang lebih stabil,” katanya.

Mengulas lanjut, Ng berkata, pengurusan stok simpanan bahan api yang cekap serta penyelarasan logistik di pelabuhan utama turut mengelakkan gangguan besar terhadap rantaian bekalan, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

Beliau menjelaskan, Malaysia kini berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding banyak negara di rantau ASEAN apabila bukan sahaja kurang terjejas akibat krisis berkenaan, malah muncul sebagai destinasi pelaburan yang lebih selamat dalam suasana ketidaktentuan global.

Pada masa sama katanya, kerajaan turut mengadakan sesi libat urus bersama persatuan industri sejak Mac lalu menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan yang membabitkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Bank Negara Malaysia.

“Antara langkah yang dilaksanakan ialah penyediaan Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SRF) bernilai RM5 bilion, selain jaminan kredit RM10 bilion melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) dengan margin jaminan sehingga 80 peratus bagi membantu PKS mendapatkan pembiayaan tambahan.

“Dalam usaha memperkukuh daya tahan jangka panjang sektor itu, SAMENTA turut melancarkan Pensijilan Ekonomi Kitaran yang pertama di ASEAN bagi menggalakkan PKS mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah utama dan tenaga fosil.

“Selain itu, persatuan sedang melaksanakan siri jelajah 50 Hyperlocal AI Fest di seluruh negara bagi membantu PKS mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian untuk meningkatkan produktiviti,” katanya.

Previous Post

Kedai Salai Pok Su tampil kelainan, bawa resipi salai Rembau

Next Post

Sarawak bakal miliki kilang Gardenia pertama

Next Post
Sarawak bakal miliki kilang Gardenia pertama

Sarawak bakal miliki kilang Gardenia pertama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil