Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Khas

Harga minyak mentah menjunam hampir tiga peratus, eksport melalui Selat Hormuz meningkat

Zailani by Zailani
27 Jun 2026
in Khas
0
Harga minyak mentah menjunam hampir tiga peratus, eksport melalui Selat Hormuz meningkat
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON, 27 JUN (Reuters)- Harga minyak mentah menjunam hampir tiga peratus pada Jumaat dan berada di landasan mencatatkan kerugian mingguan yang ketara apabila lebih banyak kapal tangki minyak berjaya keluar dari Selat Hormuz, sekali gus meredakan kebimbangan terhadap gangguan bekalan walaupun sebuah kapal kargo terkena objek tidak dikenali berhampiran Oman pada Khamis.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut AS$2.42 atau 3.2 peratus kepada AS$72.84 setong pada jam 1.23 tengah hari GMT, manakala minyak mentah penanda aras Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI), turun AS$1.97 atau 2.7 peratus kepada AS$69.95 setong.

Related posts

Volkswagen rancang pengurangan drastik barisan model kenderaan, 100,000 berisiko hilang kerja

Volkswagen rancang pengurangan drastik barisan model kenderaan, 100,000 berisiko hilang kerja

10 Jul 2026
Perancis, Maghribi ulang pertembungan Piala Dunia 2022

Perancis, Maghribi ulang pertembungan Piala Dunia 2022

8 Jul 2026

Brent berada di landasan mencatatkan kejatuhan mingguan sekitar 9.7 peratus, manakala WTI merosot kira-kira 8.8 peratus berbanding paras penutup pada Khamis minggu lalu sebelum pasaran ditutup sempena cuti umum pada Jumaat.

Penganalisis PVM, Tamas Varga, berkata sentimen utama pasaran ketika ini menjurus kepada jangkaan lebihan bekalan dalam tempoh terdekat.

Pada Jumaat, Saudi Aramco menyambung semula operasi memuatkan minyak di terminal Ras Tanura selepas hampir empat bulan terhenti, menurut data perkapalan LSEG.

Data itu menunjukkan dua kapal tangki minyak mentah gergasi (VLCC), masing-masing berkapasiti dua juta tong, sedang memuatkan minyak di terminal berkenaan manakala sebuah lagi menunggu di kawasan berhampiran.

Penganalisis kanan pasaran minyak Sparta Commodities, June Goh, berkata pasaran menyaksikan aktiviti jualan meluas berikutan peningkatan aliran penghantaran keluar dari Selat Hormuz selain permintaan minyak mentah dari China yang masih belum menunjukkan pemulihan.

“Kini berlaku jualan menyeluruh apabila pasaran bertindak balas terhadap peningkatan penghantaran keluar dari Selat Hormuz dan China yang masih belum meningkatkan permintaan minyak mentah,” katanya.

Kedua-dua penanda aras minyak meningkat lebih dua peratus pada Khamis selepas sebuah kapal kargo terkena objek tidak dikenali berhampiran Oman sehingga mendorong agensi perkapalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung sementara skim pemindahan sukarela kapal.

Dua pegawai AS memberitahu Reuters bahawa Iran melepaskan tembakan ke arah kapal berkenaan ketika ia cuba melalui Selat Hormuz.

Pihak berkuasa Iran pula menegaskan keselamatan kapal yang melalui laluan di luar laluan rasmi Selat Hormuz tidak dijamin.

Iran pada Jumaat turut menegaskan semula haknya mengawal pergerakan perkapalan di Selat Hormuz serta memberi amaran kepada negara Teluk supaya tidak memihak kepada AS.

Data pada Khamis menunjukkan penghantaran minyak mentah melalui Selat Hormuz minggu ini meningkat ke paras tertinggi sejak konflik melibatkan AS, Israel dan Iran bermula pada penghujung Februari.

Bagaimanapun, walaupun gencatan senjata membolehkan laluan perairan itu dibuka semula, jumlah trafik keseluruhan masih jauh lebih rendah berbanding purata harian sebelum konflik.

Penganalisis Commerzbank berkata, sekiranya jumlah kapal yang melalui Selat Hormuz tidak meningkat dengan lebih ketara minggu depan, keraguan dalam pasaran dijangka bertambah dan harga minyak berkemungkinan kembali meningkat.

Sementara itu, pihak berkuasa Rusia sedang mempertimbangkan larangan eksport diesel selama beberapa bulan, menurut agensi berita negara TASS.

Walaupun Rusia adalah antara pengeksport utama diesel dunia, negara itu berdepan masalah bekalan bahan api selepas serangan dron Ukraine menyebabkan kerosakan besar terhadap loji penapisan minyak dan infrastruktur tenaga.

Previous Post

PERAK Gen Showcase 2026 Perkasa Usahawan Tempatan Tembusi Pasaran Ibu Negara

Next Post

Bank Muamalat lancar inisiatif kewangan Islam baharu, perkasa wanita, legasi

Next Post
Bank Muamalat lancar inisiatif kewangan Islam baharu, perkasa wanita, legasi

Bank Muamalat lancar inisiatif kewangan Islam baharu, perkasa wanita, legasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil