Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Bank Muamalat lancar inisiatif kewangan Islam baharu, perkasa wanita, legasi

Zailani by Zailani
27 Jun 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Bank Muamalat lancar inisiatif kewangan Islam baharu, perkasa wanita, legasi
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 27 JUN ( Bernama) – Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) hari ini melancarkan dua inisiatif baharu iaitu M-Zahra Takaful MyLadies dan Kalkulator Faraid Digital sempena Karnival Celik Kewangan Terengganu 2026.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Khairul Kamarudin berkata wanita hari ini memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dalam institusi keluarga, malah sebagai penyumbang ekonomi dan pembuat keputusan kewangan.

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

“Di Bank Muamalat, kami percaya bahawa setiap wanita berhak mendapat perlindungan kewangan yang menyokong aspirasi, kesejahteraan dan jaminan masa depan mereka.

“M-Zahra Takaful MyLadies dibangunkan bukan sekadar sebagai produk perlindungan, tetapi sebagai solusi menyeluruh yang memahami perjalanan hidup dan keperluan wanita masa kini,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Khairul berkata pelancaran Kalkulator Faraid Digital pula mencerminkan komitmen Bank Muamalat dalam memperkukuh literasi kewangan Islam melalui penyediaan solusi digital patuh Syariah yang lebih mudah diakses serta praktikal.

“Perancangan harta yang baik bukan sahaja membantu memastikan pengagihan harta dilaksanakan secara adil menurut Syariah, malah turut memainkan peranan penting dalam memelihara keharmonian keluarga dan memberi ketenangan kepada waris pada masa hadapan,” katanya.

M-Zahra Takaful MyLadies direka khusus untuk menyokong wanita pada setiap fasa kehidupan melalui perlindungan kewangan, manfaat perubatan, simpanan dan perancangan legasi yang selari dengan aspirasi dan gaya hidup wanita moden.

Kalkulator Faraid Digital pula diperkenalkan bagi membantu masyarakat Islam membuat pengiraan awal pembahagian harta pusaka secara mudah, cepat dan tepat mengikut prinsip Faraid serta hukum Syariah.

“Pelancaran tersebut mencerminkan komitmen berterusan Bank Muamalat dalam memperluas akses kepada solusi kewangan Islam yang lebih inklusif, praktikal dan relevan selari dengan keperluan masyarakat masa kini yang mementingkan perlindungan kewangan, kesejahteraan keluarga dan perancangan legasi,” kata Bank Muamalat.

Untuk maklumat lanjut mengenai M-Zahra Takaful MyLadies dan Kalkulator Faraid Digital, layari www.muamalat.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Muamalat berhampiran.

Previous Post

Harga minyak mentah menjunam hampir tiga peratus, eksport melalui Selat Hormuz meningkat

Next Post

Ambil upah angkut sampah demi isteri dan anak

Next Post
Ambil upah angkut sampah demi isteri dan anak

Ambil upah angkut sampah demi isteri dan anak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil