KUALA LUMPUR, 16 Jun – Sempena sambutan Awal Muharam dan ulang tahun ke-10 penubuhan Speedofis99, satu sesi khas Kelas Online Percuma melalui aplikasi Zoom akan diadakan pada 17 Jun 2026 (Rabu), jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.
Perkongsian yang terbuka kepada semua secara percuma itu akan dikendalikan oleh Naib Presiden ACCI, Coach Norlukmal Mat Ghani, yang akan membincangkan topik “Kenapa Perlu Berbisnes? Founder Penat Buat Semua Benda – Sampai Bila Nak Pegang Sendiri?”
Menurut Coach Norlukmal, sesi kali ini merupakan sesi ke-25 dalam siri Klinik Bisnes atau program “sedekah ilmu” yang telah dilaksanakan secara konsisten sejak tahun lalu.
“Program ini adalah sebuah program freemium iaitu percuma tetapi menawarkan kandungan bertaraf premium. Fokus utama kelas selama satu jam 30 minit ini adalah membantu usahawan melakukan scale up perniagaan serta memberi peluang kepada peserta mengemukakan pelbagai soalan berkaitan pengurusan bisnes ,” katanya.
Coach Norlukmal berkata, bahawa Klinik Bisnes Percuma tersebut diadakan setiap minggu bagi memberi manfaat kepada usahawan daripada pelbagai industri yang ingin meningkatkan kecekapan pengurusan dan mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan kerjasama EDC dan Speedofis99 Academy.
Program ini juga merupakan kesinambungan kepada inisiatif pembangunan usahawan yang telah dimulakan lebih 10 tahun lalu menerusi Speedofis99 Academy. Ketika pandemik COVID-19, program berkenaan diteruskan secara dalam talian oleh Coach Syahril Kamarudin sebelum diteruskan bersama Coach Norlukmal bagi memastikan agenda pembangunan usahawan terus berjalan.
Selain menjadi platform perkongsian ilmu, program ini turut berperanan sebagai medium mengukuhkan ukhuwah dan jaringan dalam kalangan komuniti usahawan yang ingin memperkukuhkan aspek pengurusan perniagaan serta membina organisasi yang lebih mampan.
Orang ramai, khususnya usahawan, pemilik perniagaan dan individu yang bercadang memulakan perniagaan, dijemput menyertai sesi khas ini secara percuma melalui Zoom.
Penganjur berharap lebih ramai peserta akan mengambil peluang menyertai program berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan ekosistem keusahawanan negara, bersempena sambutan 10 tahun penubuhan Speedofis99 dan persediaan menuju dua dekad kecemerlangan organisasi tersebut pada masa hadapan.



