Thursday, 18 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Siti Rahayu Ahmad dinobat Tokoh Usahawan Daie 1448H peringkat Negeri Kelantan

Zailani by Zailani
17 Jun 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Siti Rahayu Ahmad dinobat Tokoh Usahawan Daie 1448H peringkat Negeri Kelantan
0
SHARES
56
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU, 17 Jun – Pemilik SRA Global Resources, Siti Rahayu Ahmad, menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Usahawan Daie 1448H (Perempuan) sempena Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun 1447H dan Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1448H/2026M yang berlangsung malam tadi.

Penganugerahan tersebut menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat usahawan kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Usahawan Aspirasi 2024 serta pengiktirafan Tokoh Usahawan daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Related posts

Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

15 Jun 2026
JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

12 Jun 2026

Menurut Siti Rahayu, anugerah yang diterima hadir pada awal tahun Hijrah sebagai satu nikmat yang tidak pernah disangka dalam perjalanan beliau sebagai usahawan.

“Segala puji bagi Allah SWT. Siapalah saya tanpa pertolongan-Nya. Dalam perjalanan yang penuh jatuh bangun sebagai usahawan, saya menerima satu penghargaan yang langsung tidak pernah saya sangka.

“Antara detik paling menyentuh perasaan ialah ketika menyampaikan berita gembira itu kepada ayah mertuanya yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata tanda syukur dan bangga atas kejayaan yang diraih. Pada saat itu saya sendiri hampir menitiskan air mata dan sedar bahawa setiap kejayaan bukanlah tentang diri kita seorang, sebaliknya hasil doa dan sokongan insan-insan yang sentiasa berada di belakang kita,” katanya.

Siti Rahayu turut menzahirkan penghargaan kepada ibunda tercinta, ibu dan ayah mentua, suami, keluarga, pelanggan, sahabat, guru, agensi serta seluruh pasukan yang banyak menyumbang kepada kejayaan yang dikecapi hari ini.

Bekas Pegawai Tadbir Kementerian Dalam Negeri itu memulakan langkah sebagai usahawan selepas mengambil keputusan meninggalkan kerjaya dalam sektor awam dan pulang ke kampung halaman di Kelantan.

Beliau kemudiannya menubuhkan SRA Global Resources pada tahun 2018 dan mengusahakan produk snek tradisional Muruku Hannars.

Bermula dengan pengeluaran satu perisa muruku secara kecil-kecilan, perniagaan yang beroperasi di Kota Bharu itu kini berkembang pesat dengan pelbagai inovasi perisa seperti keju, telur masin dan pedas ala Korea sehingga berjaya menembusi pasaran moden.

Kejayaan Muruku Hannars turut diperkukuhkan melalui sokongan pelbagai agensi dan institusi termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Pertanian Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) serta Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang banyak membantu dari aspek latihan, pemindahan teknologi, pembangunan produk, pemasaran dan pengembangan perniagaan.

Selain itu, Siti Rahayu juga merupakan peserta bimbingan di bawah Program Business Accelerator Coaching (BAC) anjuran SME Corp. Malaysia serta Program GrowBiz, yang banyak membantu meningkatkan keupayaan kepimpinan, strategi perniagaan, pemasaran dan daya saing syarikat. Penyertaan dalam program pembangunan usahawan tersebut membolehkan beliau memperkukuh pengurusan perniagaan serta merancang pertumbuhan Muruku Hannars secara lebih strategik dan mampan.

Pada tahun 2022, Muruku Hannars berjaya memperoleh pensijilan Halal JAKIM, sekali gus meningkatkan keyakinan pengguna dan membuka peluang lebih luas untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Mengulas lanjut, Siti Rahayu berkata semangat Hijrah mengajar bahawa setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas pasti mempunyai ganjaran tersendiri.

“Mungkin hari ini kita masih berjuang, masih merangkak dan masih mencari jalan. Tetapi percayalah, Allah tidak pernah mensia-siakan setiap usaha yang dilakukan kerana-Nya,” katanya.

Beliau berazam untuk terus melangkah walaupun perlahan, terus memberi manfaat walaupun kecil serta terus berbuat baik tanpa mengharapkan pujian manusia.

“Semoga tahun 1448H menjadi tahun hijrah yang lebih baik buat kita semua, meliputi hijrah hati, hijrah akhlak, hijrah rezeki dan hijrah kejayaan,” katanya.

Previous Post

Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”

Next Post

MyIPO perkukuh kerangka hak cipta negara hadapi cabaran masa hadapan

Next Post
MyIPO perkukuh kerangka hak cipta negara hadapi cabaran masa hadapan

MyIPO perkukuh kerangka hak cipta negara hadapi cabaran masa hadapan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • MyIPO perkukuh kerangka hak cipta negara hadapi cabaran masa hadapan
  • Siti Rahayu Ahmad dinobat Tokoh Usahawan Daie 1448H peringkat Negeri Kelantan
  • Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil