Tuesday, 16 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

MARA, MISC jalin kerjasama strategik lahirkan lebih ramai profesional maritim

Zailani by Zailani
16 Jun 2026
in Semasa
0
MARA, MISC jalin kerjasama strategik lahirkan lebih ramai profesional maritim
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH, 16 JUN (Bernama) – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjalin kerjasama strategik dengan MISC Berhad bagi melahirkan lebih ramai profesional maritim menerusi penajaan pendidikan, pendedahan awal kepada industri serta peluang kerjaya dalam sektor berkenaan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kerjasama itu selaras dengan pendekatan pendidikan berasaskan industri yang diterapkan MARA bagi memastikan pelajar dan siswazah memperoleh kemahiran serta pengetahuan yang memenuhi keperluan semasa industri maritim.

Related posts

Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”

Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”

16 Jun 2026
Mah Sing kukuh kedudukan dalam Fortune Southeast Asia 500 tiga tahun berturut-turut

Mah Sing kukuh kedudukan dalam Fortune Southeast Asia 500 tiga tahun berturut-turut

16 Jun 2026

“Sebagai permulaan, MARA bersama MISC dan Akademi Laut Malaysia (ALAM) melaksanakan penajaan bersama menerusi MARA-MISC Education Sponsorship Hybrid Programme (MESH-MISC) membabitkan 50 lepasan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

“Kesemua penerima tajaan pada peringkat awal ialah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) MRSM yang kini memulakan pengajian dalam jurusan Diploma Pengajian Nautika, Diploma Kejuruteraan Marin dan Diploma Teknologi Elektro Marin di ALAM,” katanya kepada pemberita di ALAM, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.

Terdahulu beliau melancarkan Program MARA-MISC Edu Bridge dan penyampaian biasiswa kepada pelajar terpilih, yang turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC, Zahid Osman.

Asyraf Wajdi berkata, kerjasama itu turut melibatkan pelaksanaan Program MARA-MISC Edu Bridge yang memberi pendedahan awal kepada pelajar MRSM mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam industri maritim.

Beliau berkata, menerusi program sekolah angkat maritim itu, MISC mengambil lima MRSM sebagai perintis bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan bakat termasuk program STEM berasaskan maritim, lawatan industri dan sesi perkongsian bersama profesional industri.

“Selain itu kita juga berhasrat untuk mewujudkan kadet muda maritim di MRSM ini. Buat masa ini lima MRSM dipilih sebagai perintis terlebih dahulu sebelum diperluas ke MRSM lain,” katanya.

Menurut Asyraf Wajdi, kerjasama berkenaan turut merangkumi Program Perantisan MARA-MISC yang menawarkan peluang kepada graduan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) memperoleh pengalaman industri secara berfokus serta mendapatkan sijil kompetensi yang diiktiraf Jabatan Laut Malaysia bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam sektor maritim.

Kerjasama dengan MISC, katanya membuktikan peranan penting yang boleh dimainkan oleh alumni MARA dalam menyumbang semula kepada pembangunan generasi pelapis menerusi jaringan industri, kepakaran dan peluang kerjaya.

Beliau berkata, bidang maritim merupakan antara sektor strategik yang memerlukan lebih ramai tenaga pakar bumiputera dan kerjasama seumpama itu mampu menjadi pemangkin kepada usaha berkenaan.

“Yang paling penting, pendidikan MARA adalah pendidikan berasaskan industri. Kita mahu memastikan pelajar yang ditaja dan berada dalam ekosistem MARA memperoleh kemahiran serta ilmu yang relevan dengan kehendak industri dan akhirnya terjamin dari segi peluang pekerjaan serta kerjaya,” katanya.

Previous Post

Mah Sing kukuh kedudukan dalam Fortune Southeast Asia 500 tiga tahun berturut-turut

Next Post

Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”

Next Post
Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”

Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”
  • MARA, MISC jalin kerjasama strategik lahirkan lebih ramai profesional maritim
  • Mah Sing kukuh kedudukan dalam Fortune Southeast Asia 500 tiga tahun berturut-turut

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil