Thursday, 18 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Mah Sing kukuh kedudukan dalam Fortune Southeast Asia 500 tiga tahun berturut-turut

Zailani by Zailani
16 Jun 2026
in Semasa
0
Mah Sing kukuh kedudukan dalam Fortune Southeast Asia 500 tiga tahun berturut-turut
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 16 JUN (Berita Harian) – Mah Sing Group Bhd terus mengukuhkan kedudukannya apabila sekali lagi disenaraikan dalam Fortune Southeast Asia 500 bagi tahun ketiga berturut-turut sejak senarai itu diperkenalkan pada 2024.

Senarai berprestij yang diterbitkan oleh Fortune itu menilai syarikat terbesar di rantau Asia Tenggara berdasarkan hasil pendapatan tahun kewangan terkini, merangkumi syarikat dari Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Kemboja.

Related posts

MyIPO perkukuh kerangka hak cipta negara hadapi cabaran masa hadapan

MyIPO perkukuh kerangka hak cipta negara hadapi cabaran masa hadapan

17 Jun 2026
Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”

Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”

16 Jun 2026

Penarafan berkenaan menjadi penanda aras kepada kekuatan korporat, skala perniagaan serta sumbangan ekonomi serantau, selain mengiktiraf syarikat yang memacu daya saing Asia Tenggara di peringkat global.

Kemasukan berterusan Mah Sing dalam edisi 2026 mencerminkan prestasi pertumbuhan konsisten, pelaksanaan strategi berdisiplin serta daya tahan kumpulan dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

Pengiktirafan itu turut memperkukuh kedudukan Mah Sing sebagai antara pemaju hartanah utama negara dengan rekod prestasi lebih tiga dekad.

Prestasi kukuh kumpulan itu disokong tahun kewangan 2025 yang menyaksikan jualan hartanah tertinggi dalam tempoh sedekad, iaitu RM2.51 bilion, dipacu permintaan kukuh terhadap pembangunan kediaman.

Mah Sing turut mencatat hasil RM2.52 bilion serta keuntungan sebelum cukai RM382.9 juta, meningkat 13.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jualan belum dibil (unbilled sales) pula berjumlah RM3.24 bilion setakat 31 Disember 2025, sekali gus memberikan keterlihatan pendapatan yang stabil bagi tempoh akan datang.

Meneruskan momentum itu, kumpulan berkenaan merekodkan jualan hartanah baharu sebanyak RM978 juta dalam tempoh lima bulan pertama 2026, meletakkan syarikat pada landasan kukuh untuk mencapai sasaran jualan penuh tahun sebanyak RM2.76 bilion.

Prestasi tersebut disokong permintaan domestik yang berterusan khususnya dalam segmen mampu milik dan pertengahan, selain pelancaran projek strategik di lokasi utama.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026, Mah Sing mencatat peningkatan tiga peratus dalam keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham, dipacu campuran projek lebih baik, kecekapan operasi serta pelaksanaan berdisiplin.

Jualan belum dibil kumpulan turut meningkat kepada RM3.33 bilion, mengukuhkan asas pendapatan masa hadapan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Dato’ Sri Leong Hoy Kum berkata pengiktirafan dalam Fortune Southeast Asia 500 menjadi pengesahan terhadap perjalanan pertumbuhan dan daya tahan syarikat.

“Mendapat pengiktirafan dalam Fortune Asia Tenggara 500 untuk tahun ketiga berturut-turut adalah pengesahan bermakna tentang perjalanan pertumbuhan, daya tahan dan keupayaan Mah Sing untuk mencipta nilai jangka panjang yang mampan.

“Lebih ketara, ia mencerminkan kepercayaan pelanggan, pemegang saham dan rakan kongsi perniagaan kami selama ini,” katanya.

Beliau berkata Asia Tenggara kini muncul sebagai enjin pertumbuhan utama ekonomi global, sekali gus memerlukan syarikat bersedia untuk peluang jangka panjang.

Katanya, Mah Sing akan terus memberi tumpuan kepada inovasi, kecemerlangan operasi serta pengurusan modal berhemah dalam memperkukuh daya saing.

Walaupun pembangunan hartanah kekal sebagai teras utama, beliau berkata kumpulan itu turut mengukuhkan portfolio pendapatan berulang melalui pembangunan industri, infrastruktur digital dan aset pelaburan terpilih.

“Ini termasuk meningkatkan kehadiran kami dalam pembangunan industri, infrastruktur digital dan aset pelaburan terpilih yang dapat menjana aliran pendapatan stabil dan berulang,” katanya.

Beliau menambah, kumpulan itu melihat peluang besar daripada transformasi industri Malaysia, pertumbuhan ekonomi digital serta peningkatan permintaan terhadap infrastruktur berkualiti tinggi.

Katanya, strategi semasa bertujuan memastikan Mah Sing kekal lincah, relevan dan bersedia untuk fasa pertumbuhan seterusnya.

Previous Post

Ahmad Farrin Mokhtar dilantik jadi Ketua Eksekutif baharu CIDB

Next Post

MARA, MISC jalin kerjasama strategik lahirkan lebih ramai profesional maritim

Next Post
MARA, MISC jalin kerjasama strategik lahirkan lebih ramai profesional maritim

MARA, MISC jalin kerjasama strategik lahirkan lebih ramai profesional maritim

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • MyIPO perkukuh kerangka hak cipta negara hadapi cabaran masa hadapan
  • Siti Rahayu Ahmad dinobat Tokoh Usahawan Daie 1448H peringkat Negeri Kelantan
  • Sesi khas kelas online percuma: “Founder penat buat semua benda – sampai bila nak pegang sendiri?”

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil