Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

No DAP di Johor-Onn Hafiz

Zailani by Zailani
7 Jun 2026
in Semasa
0
No DAP di Johor-Onn Hafiz
0
SHARES
51
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU, 7 JUN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi  tegas menolak DAP termasuk rela melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya parti itu menjadi sebahagian daripada pentadbiran negeri bersama BN di Johor.

Onn Hafiz berkata,  pendirian tersebut bukan bersifat perkauman, sebaliknya bagi memastikan BN Johor dapat mentadbir negeri berdasarkan prinsip serta mandat yang diberikan rakyat.

Related posts

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

26 Jul 2026
‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

25 Jul 2026

Katanya, pendirian politik yang diambil tidak seharusnya dilihat sebagai isu perkauman kerana rakyat Johor hidup dalam suasana harmoni sebagai satu keluarga di bawah semangat Bangsa Johor.

“Sekiranya rakyat terus memberikan kepercayaan kepada BN, pentadbiran Johor tidak akan melibatkan DAP. 

“Saya sanggup tidak menjadi Menteri Besar jika DAP bersama BN dalam kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata, Johor sejak sekian lama dibangunkan atas semangat perpaduan yang merangkumi masyarakat Melayu, Cina, India, Orang Asli serta pelbagai kaum lain.

Katanya,  kerajaan negeri sentiasa memastikan bantuan dan manfaat disalurkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Jelasnya,  program Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang kini memasuki fasa keempat telah memberi manfaat kepada pelbagai golongan termasuk masyarakat Melayu, Cina, India, Orang Asli, suri rumah, warga emas serta ibu tunggal.

Beliau menjelaskan bahawa pendirian BN Johor terhadap kerjasama politik adalah berkaitan hala tuju pentadbiran negeri dan bukan penolakan terhadap mana-mana kaum.

Dalam majlis yang sama, Onn Hafiz turut mengumumkan kepulangan dua tokoh veteran politik negara, Noh Omar dan Syed Hamid Albar ke dalam UMNO.

Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Hishammuddin Hussein selepas penggantungan keahlian pemimpin itu ditarik balik.

Majlis Pelancaran Jentera BN Johor tersebut menghimpunkan barisan kepimpinan parti di peringkat pusat dan negeri sebagai persediaan menghadapi PRN Johor akan datang.

Previous Post

Program SINAR tawar RM205 juta bantu PMKS berdepan keadaan ekonomi dunia tidak menentu

Next Post

Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

Next Post
Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil