Saturday, 6 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka

Zailani by Zailani
5 Jun 2026
in Semasa
0
Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 5 JUN ( Berita Harian) – Langkah kerajaan meningkatkan mandat campuran biodiesel berasaskan minyak sawit daripada 10 peratus kepada 15 peratus di stesen minyak terpilih dijangka menjadi pemangkin penting mengukuhkan permintaan domestik terhadap minyak sawit, sekali gus membantu menstabilkan harga komoditi berkenaan dan melindungi pendapatan peneroka.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pelaksanaan mandat baharu itu turut mengurangkan kebergantungan industri sawit negara kepada pasaran eksport yang sering terdedah kepada pelbagai cabaran termasuk sekatan perdagangan, cukai serta dasar perlindungan oleh negara pengimport.

Related posts

MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

5 Jun 2026
Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia

Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia

4 Jun 2026

Beliau berkata, peningkatan penggunaan biodiesel dalam negara adalah antara langkah paling berkesan untuk memperkukuh daya tahan industri sawit tempatan ketika berdepan ketidaktentuan pasaran global.

Katanya, Malaysia ketika ini mempunyai kira-kira 20 loji pengeluaran biodiesel yang beroperasi di seluruh negara termasuk kemudahan milik FGV Holdings Bhd (FGV) di bawah rangkaian FELDA.

Menurutnya lagi, kebanyakan loji berkenaan sebelum ini tidak dapat beroperasi pada tahap optimum berikutan permintaan domestik yang masih terhad di bawah pelaksanaan mandat biodiesel sedia ada.

“Sebelum ini, kebanyakan loji ini beroperasi di bawah kapasiti sebenar ekoran permintaan domestik yang terhad kepada kadar 10 peratus di stesen minyak dan tujuh peratus bagi sektor industri.

“Namun, menerusi peningkatan mandat baharu ini, penggunaan biodiesel sawit akan bertambah dan membolehkan loji-loji ini meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda dan Encorp Bhd bagi projek pembinaan perumahan kakitangan Felda di Menara Felda, di ibu negara, hari ini.

Ahmad Shabery berkata, kapasiti industri biodiesel negara sebenarnya jauh lebih besar berbanding penggunaan semasa dan berpotensi berkembang dengan lebih pesat sekiranya permintaan domestik terus meningkat.

“Jika beroperasi pada kapasiti penuh, negara sebenarnya mempunyai keupayaan untuk mencapai peringkat penggunaan biodiesel sehingga 30 peratus,” katanya.

Mengulas struktur penggunaan minyak sawit Malaysia, beliau berkata, daripada kira-kira 20 juta tan pengeluaran minyak sawit mentah negara setiap tahun, sekitar 15 juta hingga 16 juta tan dieksport ke pasaran antarabangsa.

Jelasnya, kira-kira tiga juta tan digunakan bagi sektor makanan domestik manakala hanya sekitar satu juta tan diperuntukkan untuk pengeluaran biodiesel.

Katanya, kebergantungan yang tinggi kepada pasaran eksport menyebabkan industri sawit negara terdedah kepada pelbagai risiko luaran yang berada di luar kawalan pemain industri tempatan.

“Kebergantungan yang terlalu tinggi kepada pasaran eksport mendedahkan industri kita kepada risiko diskriminasi, cukai tinggi, kuota serta pelbagai naratif negatif mengenai kelestarian dan isu buruh yang sengaja ditimbulkan negara luar untuk melindungi industri domestik mereka.

“Sebab itu, apabila kita meningkatkan penggunaan biodiesel dalam negara, ia menjadi mekanisme perlindungan terbaik untuk industri perladangan tempatan dan FELDA bagi menjamin harga sawit terus kekal tinggi,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, pengukuhan permintaan domestik menerusi penggunaan biodiesel akan membantu mewujudkan pasaran yang lebih stabil kepada pengeluar minyak sawit tempatan selain mengurangkan kebergantungan kepada faktor luaran yang sering mempengaruhi harga komoditi berkenaan.

Previous Post

MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

Next Post

Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh

Next Post
Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh

Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kunjugan Hormat ACCI ke MITI jadi platform pacu ekonomi Asean serta Antarabangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Klinik Pergigian KPS Dentalcare Pak Sabah tampil lebih moden dengan fasiliti terkini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KPS DentalCare perkukuh jenama, sasar jadi pusat pergigian pilihan Pantai Timur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh
  • Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka
  • MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil