Saturday, 6 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh

Zailani by Zailani
5 Jun 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh
0
SHARES
39
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR, 5 JUN – Pengusaha muda, Norashikin Nazri terus memperkukuh kedudukan perniagaannya menerusi Soho Lekoi Restaurant & Cafe yang kini berkembang sebagai restoran, kafe, katering, pengurusan acara dan pengeluaran produk makanan tempatan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan itu berkata pengalaman menguruskan dua buah restoran serta perkhidmatan katering menjadi asas penting dalam membangunkan perniagaan yang kini semakin dikenali bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan, malah pelanggan dari luar daerah.

Related posts

Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia

Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia

4 Jun 2026
Malaysia, Indonesia tekankan kepentingan perdagangan Intra-ASEAN

Malaysia, Indonesia tekankan kepentingan perdagangan Intra-ASEAN

4 Jun 2026

Norashikin berkata, Soho Lekoi yang beroperasi di Kuala Kangsar menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuk hidangan tempatan, masakan antarabangsa dan makanan Barat.

“Selain menyediakan menu tempatan dan makanan Barat, kami turut mengangkat makanan tradisi Kuala Kangsar seperti ikan patin dengan sentuhan baharu menerusi menu seperti Patin Goreng Rangup dan Patin Bakar Portugis

“Antara keunikan restoran ini terletak pada reka bentuk bangunan berkonsepkan banglo yang disifatkan sebagai antara yang unik di daerah ini,” katanya.

Tambah Norashikin, perniagaan restoran pertamanya bermula pada tahun 2020 sebelum operasi Soho Lekoi Restaurant & Café yang ada sekarang dimulakan pada 2023, sejak itu, perniagaan berkenaan menunjukkan peningkatan jualan yang konsisten dari semasa ke semasa.

Katanya, selain operasi restoran dan katering, Soho Lekoi turut aktif mengendalikan pelbagai acara menerusi dewan acara yang disediakan di premis itu termasuk majlis pertunangan, perkahwinan, makan malam, seminar serta pelbagai program korporat dan komuniti.

Jelasnya, dalam usaha memperluaskan capaian pasaran, syarikat turut menyertai pelbagai program promosi dan pameran anjuran agensi seperti FAMA dan MARA, sekali gus membantu meningkatkan keterlihatan jenama kepada pelanggan yang lebih luas.

“Bagi memperkukuh kredibiliti operasi, Soho Lekoi telah memperoleh Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) serta Pensijilan Trust MyCatering (MyTrust), sekali gus membuktikan komitmen syarikat terhadap standard kebersihan dan keselamatan makanan yang tinggi.

“Dari segi pembangunan produk, syarikat juga berjaya menambah portfolio produk daripada lima kepada 10 produk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Mengulas perancangan masa depan, Norasyikin berkata beliau berhasrat menukar status perniagaan daripada perusahaan (enterprise) kepada syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd) serta memohon pensijilan halal bagi memperluaskan pasaran dan meningkatkan keyakinan pengguna.

Katanya, pihaknya juga merancang membuka lebih banyak cawangan dan mengembangkan model francais bagi memperkukuhkan jenama Soho Lekoi di peringkat nasional.

Tambahnya, pengembangan perniagaan itu bukan sahaja bertujuan meningkatkan prestasi syarikat, malah memberi manfaat kepada komuniti setempat menerusi pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Matlamat kami adalah untuk terus berkembang sambil membantu masyarakat dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan,” katanya yang juga usahawan dibawah bimbingan penyedia perkhidmatan profesional rundingan dan latihan untuk usahawan,  Speedoffice Sdn. Bhd dan peserta Program Growbiz SME Corp 2025/2026.

Previous Post

Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kunjugan Hormat ACCI ke MITI jadi platform pacu ekonomi Asean serta Antarabangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Klinik Pergigian KPS Dentalcare Pak Sabah tampil lebih moden dengan fasiliti terkini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KPS DentalCare perkukuh jenama, sasar jadi pusat pergigian pilihan Pantai Timur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh
  • Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka
  • MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil