Saturday, 6 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

Zailani by Zailani
5 Jun 2026
in Semasa
0
MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, 5 JUN ( Bernama) – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memperuntukkan kira-kira RM11 bilion dalam perbelanjaan modal selama lima tahun akan datang bagi menyokong pengembangan dan pemodenan infrastruktur lapangan terbang di setiap rangkaiannya seluruh negara.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Izani Ghani, berkata pelaburan itu mencerminkan komitmen jangka panjang pengendali lapangan terbang berkenaan untuk memperkukuh kapasiti lapangan terbang, daya tahan operasi, pemodenan infrastruktur dan pertumbuhan penumpang.

Related posts

Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka

Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka

5 Jun 2026
Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia

Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia

4 Jun 2026

MAHB mengumumkan peruntukan itu sewaktu Pameran Perolehan dan Projek sulungnya, satu platform libat urus industri berkala baharu yang bertujuan memperkukuh kesediaan ekosistem menjelang senarai projek pembangunan lapangan terbang yang semakin bertambah di seluruh negara.

“Memandangkan projek infrastruktur lapangan terbang semakin besar dan rumit, ekosistem industri mesti berkembang bersama-sama dengannya.

“Menerusi platform ini, kami mahu memberikan gambaran yang lebih jelas tentang hala tuju dan peluang yang ada supaya pihak kontraktor, pembekal serta rakan kerjasama dapat membuat persiapan lebih awal selain meningkatkan keupayaan mereka dengan lebih yakin,” kata Mohd Izani dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MAHB juga akan mendapat manfaat daripada ekosistem yang lebih bersedia dan berkemampuan yang mampu menyokong penyampaian projek dengan lebih pantas, selamat dan berkualiti lebih tinggi.

Pameran itu menghimpunkan kontraktor, perunding, pembekal, pakar dan rakan kerjasama industri daripada seluruh rantaian penyampaian infrastruktur bagi menggalakkan kerjasama yang lebih awal, kesediaan pasaran yang lebih kukuh serta perancangan jangka panjang yang lebih baik untuk projek-projek lapangan terbang akan datang.

MAHB menyatakan, platform berkenaan turut mencerminkan usaha yang lebih menyeluruh untuk membina ekosistem yang lebih tangkas, bersedia mendepani masa depan dan diselaraskan dengan baik bagi menyokong peningkatan kapasiti lapangan terbang.

Selain itu, ia juga menyokong peningkatan daya tahan operasi, pemodenan infrastruktur serta pertumbuhan penumpang di seluruh negara.

Sesi sulung berkenaan menampilkan projek dan inisiatif merangkumi lima bidang tumpuan strategik utama iaitu peluasan kapasiti dan pertumbuhan masa depan serta pembaharuan aset dan daya tahan operasi selain pengalaman penumpang.

Selain itu, tumpuan strategik utama yang lain seperti pengoptimuman perkhidmatan, lapangan terbang pintar dan pemerkasaan teknologi serta kelestarian dan infrastruktur yang bersedia untuk masa depan.

Antara projek utama yang diketengahkan di bawah peluasan kapasiti termasuk Pelan Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang bertujuan menyokong pertumbuhan kapasiti penumpang masa depan melebihi 100 juta orang setahun.

Turut diketengahkan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang daripada 6.5 juta kepada 12 juta penumpang setahun serta cadangan kerja-kerja peningkatan taraf di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi meningkatkan kapasiti daripada sembilan juta kepada 12 juta penumpang setahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pembangunannya, Steven Andersen, berkata kesediaan penyampaian dan keupayaan pelaksanaan merentasi ekosistem infrastruktur akan menjadi semakin penting memandangkan projek-projek lapangan terbang terus meningkat dari segi skala dan kerumitannya.

“Platform seperti ini membolehkan kami berinteraksi dengan pasaran lebih awal, menggalakkan kerjasama yang lebih bermakna serta mewujudkan saluran bakat dan kepakaran khusus yang lebih kukuh bagi menyokong skala dan kerumitan pembangunan lapangan terbang masa depan di seluruh rangkaian,” tambah beliau.

MAHB turut menghargai sokongan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam memudah cara inisiatif libat urus industri yang bertujuan memperkukuh penyertaan dan daya saing kontraktor tempatan dalam sektor infrastruktur.

Previous Post

Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia

Next Post

Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka

Next Post
Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka

Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kunjugan Hormat ACCI ke MITI jadi platform pacu ekonomi Asean serta Antarabangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Klinik Pergigian KPS Dentalcare Pak Sabah tampil lebih moden dengan fasiliti terkini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KPS DentalCare perkukuh jenama, sasar jadi pusat pergigian pilihan Pantai Timur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh
  • Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka
  • MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil