Saturday, 6 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia

Zailani by Zailani
4 Jun 2026
in Semasa, SME Bisnes
0
Dana RM50 juta bantu 200 PKS buat persediaan ke Bursa Malaysia
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR 4 JUN, Bernama – Kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM50 juta menerusi Program PKS@BURSA bagi membantu 200 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi tinggi membuat persediaan ke arah penyenaraian di Bursa Malaysia sehingga 2030.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim, berkata program yang dilaksanakan menerusi SME Corp Malaysia itu bertujuan membina saluran yang lebih kukuh bagi melahirkan lebih banyak syarikat yang bersedia untuk disenaraikan pada masa hadapan.

Related posts

Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh

Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh

5 Jun 2026
Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka

Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka

5 Jun 2026

Beliau berkata, menerusi inisiatif itu, syarikat yang layak boleh memanfaatkan Dana Penyenaraian PKS yang menawarkan pembiayaan antara RM2 juta hingga RM5 juta pada kadar keuntungan tidak melebihi lima peratus bagi tempoh sehingga lima tahun.

“Syarikat yang menyertai PKS@BURSA layak menerima rebat sehingga 20 peratus sekiranya berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh lima tahun.

“Ini sekali gus membantu mengurangkan kos persediaan penyenaraian serta menggalakkan lebih banyak PKS berpotensi tinggi untuk mengakses pasaran modal,” katanya kepada media selepas melancarkan program PKS@BURSA dan merasmikan inisiatif ‘Road to IPO’ di sini, hari ini.

Sim berkata, pembiayaan berkenaan boleh digunakan untuk tujuan modal kerja, keperluan pembiayaan korporat serta perbelanjaan berkaitan persediaan penyenaraian awam, sekali gus membantu syarikat menguruskan kos yang terlibat dalam proses penyenaraian.

Beliau berkata, PKS@BURSA dirangka bagi menangani dua cabaran utama yang dihadapi syarikat sedang berkembang iaitu kos persediaan penyenaraian serta keperluan keupayaan untuk memasuki pasaran modal.

Langkah itu sekali gus menyediakan laluan lebih jelas kepada PKS yang berpotensi berkembang, memperluaskan operasi serta mendapatkan akses kepada modal pertumbuhan melalui Bursa Malaysia.

“PKS@BURSA menyokong aspirasi kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkukuh ekosistem pasaran modal negara dan memperluaskan akses kepada pembiayaan pertumbuhan bagi perusahaan tempatan.

“Matlamat kita bukan sekadar melahirkan lebih banyak syarikat tersenarai tetapi untuk melahirkan lebih banyak syarikat yang berkeupayaan untuk disenaraikan. PKS@BURSA merupakan salah satu laluan bagi merealisasikan matlamat itu,” katanya.

Sim berkata, program berkenaan bukan sekadar menyediakan pembiayaan, malah turut memberi penekanan kepada pembangunan kapasiti bagi membantu PKS memenuhi keperluan tadbir urus dan pengurusan yang diperlukan untuk memasuki pasaran modal.

“Perjalanan untuk penyenaraian ini, mereka memerlukan (persediaan dari sudut) urus tadbir, tata kelola, yang mungkin menjadi satu cabaran kepada syarikat yang lebih kecil,” katanya.

Beliau berkata, SME Corp akan bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), Bursa Malaysia dan beberapa agensi lain bagi menyediakan panduan serta sokongan kepada syarikat PKS yang berminat menyertai program itu.

Previous Post

TNG eWallet kini platform digital harian penuhi pelbagai keperluan

Next Post

MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

Next Post
MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kunjugan Hormat ACCI ke MITI jadi platform pacu ekonomi Asean serta Antarabangsa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Klinik Pergigian KPS Dentalcare Pak Sabah tampil lebih moden dengan fasiliti terkini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KPS DentalCare perkukuh jenama, sasar jadi pusat pergigian pilihan Pantai Timur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Tiga tahun membina jenama, Soho Lekoi kini bersedia melangkah lebih jauh
  • Mandat biodiesel B15 stabilkan harga sawit, lindungi hasil peneroka
  • MAHB peruntuk RM11 bilion sokong pengembangan, pemodenan lapangan terbangnya di seluruh negara

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil