Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Sektor aeroangkasa Malaysia cipta lebih 35,000 pekerjaan mahir

Zailani by Zailani
22 May 2026
in Semasa
0
Sektor aeroangkasa Malaysia cipta lebih 35,000 pekerjaan mahir
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 22 MEI (Bernama) – Sektor aeroangkasa, penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pembuatan di Malaysia telah menggaji lebih 35,000 pekerja berkemahiran tinggi pada 2025, sekali gus melepasi sasaran awal lebih 30,000 pekerja menjelang 2030 yang ditetapkan di bawah Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) 2030.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin berkata Malaysia turut mencatatkan perolehan industri sebanyak RM32.5 bilion, dengan prospek kekal positif untuk mencapai sasaran RM55 bilion menjelang akhir dekad ini.

Related posts

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

14 Jun 2026
Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

14 Jun 2026

“Asia Pasifik sedang mengalami pertumbuhan tertinggi dalam industri aeroangkasa, justeru kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai RM55 bilion menjelang 2030,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Base Maintenance Malaysia (BMM) di sini, hari ini.

Mengikut pelan induk itu, Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan penguasaan dalam pasaran MRO global daripada empat peratus pada 2025 kepada lima peratus menjelang 2030, selain memperkukuh subsektor utama seperti pembuatan aeroangkasa, integrasi sistem, perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk serta pendidikan dan latihan.

BMM merupakan sebahagian daripada rangkaian penyenggaraan pangkalan serantau SIA Engineering Company (SIAEC).

Kemudahan itu menyediakan kapasiti tambahan bagi melengkapkan hangar di Singapura dan Filipina, sekali gus menyokong aktiviti MRO bagi pesawat dua lorong serta pesawat lorong tunggal generasi semasa dan akan datang di seluruh Asia Pasifik serta rantau lain.

Dalam kenyataan berasingan, syarikat itu memaklumkan bahawa dua hangar milik BMM yang mampu menampung sehingga enam pemeriksaan pesawat pada satu masa turut meningkatkan daya tahan operasi SIAEC, selain memberikan lebih fleksibiliti kepada pelanggan dalam memenuhi keperluan MRO masing-masing.

Mengulas pelancaran itu, Sim berkata pengiktirafan Malaysia oleh syarikat aeroangkasa global seperti Airbus, Boeing, Collins Aerospace, Safran dan Turkish Aerospace Industries mencerminkan peningkatan keupayaan serta kedudukan antarabangsa negara dalam industri berkenaan.

Beliau menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kejayaan besar buat Malaysia.

“Kita tahu SIAEC merupakan antara syarikat kejuruteraan penerbangan terbaik di dunia. Keputusan syarikat ini memilih Malaysia untuk operasi penyenggaraan mencerminkan keyakinannya terhadap tenaga kerja mahir negara dan keupayaan ekosistem aeroangkasa kita,” katanya.

Previous Post

Mayat lelaki ditemui dengan kesan tikaman di dagu, leher dan perut

Next Post

Virtual Ar-Rahnu-i tawar pembiayaan fleksibel hingga RM500k

Next Post
Virtual Ar-Rahnu-i tawar pembiayaan fleksibel hingga RM500k

Virtual Ar-Rahnu-i tawar pembiayaan fleksibel hingga RM500k

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil