Saturday, 13 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Malaysia mahu jadi ‘AI-ready nation’ menjelang 2030

Zailani by Zailani
14 May 2026
in Semasa, SME Bisnes
0
Malaysia mahu jadi ‘AI-ready nation’ menjelang 2030
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Malaysia menyasarkan untuk muncul sebagai negara bersedia kecerdasan buatan (AI-ready nation) menjelang 2030 menerusi pembangunan infrastruktur digital, bakat teknologi dan ekosistem AI yang menyeluruh di seluruh negara.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata kerajaan kini memberi tumpuan terhadap persediaan negara menghadapi perkembangan AI yang dijangka menjadi asas kepada pelbagai sektor ekonomi pada masa depan.

Related posts

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

12 Jun 2026
Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

11 Jun 2026

Beliau berkata, pembangunan itu bukan sahaja membabitkan aspek teknologi dan pusat data, malah meliputi usaha membina tenaga kerja serta sistem sokongan yang mampu memacu ekonomi digital negara.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mempunyai visi membangunkan sebuah negara AI menjelang 2030. Dalam tempoh lima tahun ini, kita melihat bagaimana Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang benar-benar bersedia untuk AI.

“Negara bersedia AI bukan hanya mengenai infrastruktur, tetapi juga bakat dan bagaimana kita membangunkan ekosistem baharu ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pusat data NEXTDC KL1 di sini, hari ini.

Gobind berkata, ekonomi digital negara menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan apabila sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat daripada 23.3 peratus pada 2023 kepada 25.5 peratus pada 2025.

Katanya, kerajaan kini menyasarkan sumbangan ekonomi digital mencecah 30 peratus menjelang 2030.

Tambah beliau lagi, kerajaan juga menjangkakan hampir semua sektor pada masa depan akan dipacu teknologi AI tersendiri, sekali gus memerlukan pendekatan baharu daripada pihak kerajaan dalam memastikan negara bersedia menghadapi perubahan teknologi itu.

Justeru, kerajaan kini memberi tumpuan kepada pembinaan ekosistem AI yang selamat, mampan dan bersedia menghadapi keperluan teknologi generasi baharu.

“Perkembangan pesat AI dijangka memberi impak besar bukan sahaja kepada ekonomi, malah terhadap masyarakat dan sistem tadbir urus negara.

“Jika sebelum ini kita memberi fokus kepada isu keterhubungan digital, kini kita melihat AI bakal memainkan peranan penting dalam kehidupan harian, ekonomi dan pentadbiran negara.

“Justeru, Malaysia perlu memastikan kita mempunyai ekosistem yang bersedia, dikawal selia dengan baik, selamat dan mampan untuk menyokong pembangunan teknologi ini,” katanya pada sidang media selepas itu.

Sehubungan itu, beliau berkata penubuhan Kementerian Digital pada 2023 adalah antara langkah penting kerajaan dalam menyelaras pembangunan ekosistem digital negara.

“Kerajaan juga sedang menyelaras pembangunan AI menerusi pasukan petugas khas yang dipengerusikan Kementerian Digital bagi menggabungkan pelbagai kementerian dan kerajaan negeri di bawah satu platform.

“Usaha itu penting kerana pembangunan AI dan pusat data membabitkan pelbagai pihak termasuk kementerian berkaitan komunikasi, utiliti dan kerajaan negeri.

“Kita mahu memastikan setiap negeri turut bersama dalam perjalanan ini kerana banyak negeri sudah mempunyai ekosistem yang sedang berkembang. Apa yang penting adalah bagaimana kita memanfaatkan semua aset itu untuk membina sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada seluruh Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Gobind berkata, fokus kerajaan kini beralih daripada pembangunan rangkaian 5G kepada persediaan AI, termasuk pembangunan pusat data yang menjadi tunjang utama kepada teknologi berkenaan.

Katanya, Malaysia juga mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab ekonomi digital serantau memandangkan ASEAN kini mempunyai hampir 690 juta penduduk.

Previous Post

Tiada perbincangan kurangkan kuota BUDI95 – Akmal Nasrullah

Next Post

Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

Next Post
Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz
  • Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong
  • Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil