Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Ringgit kekal kukuh pada 3.97 berbanding dolar AS

Adila by Adila
9 Apr 2026
in Semasa, Terkini
0
Ringgit kekal kukuh pada 3.97 berbanding dolar AS
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 9 Apr (Bernama) — Ringgit kekal kukuh pada paras 3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada sesi pembukaan pada Khamis, disokong oleh keyakinan pasaran yang meningkat susulan pelan gencatan senjata selama dua minggu.

Ini mendorong sentimen melabur dalam aset lebih berisiko tetapi berpotensi memberi pulangan lebih tinggi.

Related posts

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

14 Jun 2026
Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

14 Jun 2026

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 3.9730/9915 berbanding dolar AS daripada 3.9735/9785 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100, pada 99.013 pada Khamis mencatatkan penurunan sebanyak 0.85 peratus.

Mohd Afzanizam Abdul Rashid

Pada Rabu, ringgit ditutup tinggi sebanyak 1.33 peratus kepada 3.9735.

Bagaimanapun, katanya keadaan masih tidak stabil berikutan sebarang pelanggaran pelan gencatan senjata boleh menjejaskan sentimen pasaran dan berpotensi mendorong lonjakan harga minyak mentah secara mendadak.

“Hari ini (Khamis), dolar AS/MYR dijangka kekal dalam jajaran kecil berikutan peniaga dan pelabur terus memantau tahap pematuhan terhadap perjanjian gencatan senjata,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5041/5159 daripada 2.5071/5104 pada Rabu, meningkat berbanding euro kepada 4.6317/6533 daripada 4.6407/6465 dan naik berbanding pound kepada 5.3202/3450 daripada 5.3348/3415.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.1168/1316 daripada 3.1155/1199 pada Rabu, bagaimanapun meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.3769/4427 daripada 12.4056/4282.

Ringgit hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 6.68/6.72 daripada 6.68/6.70 manakala berubah sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 233.5/234.7 daripada 233.5/233.9 sebelum ini.

Previous Post

Weststar Aviation meterai pembiayaan RM2 bilion dengan Ambank pacu pengembangan operasi

Next Post

Malaysia tidak perlukan pakej rangsangan ekonomi baharu buat masa ini – Bank Dunia

Next Post
Malaysia tidak perlukan pakej rangsangan ekonomi baharu buat masa ini – Bank Dunia

Malaysia tidak perlukan pakej rangsangan ekonomi baharu buat masa ini – Bank Dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil