SHAH ALAM, 3 Apr – Ketegangan konflik melibatkan Iran ketika ini dilihat bukan sekadar krisis geopolitik serantau, tetapi berpotensi mencetuskan kesan rantaian ekonomi global yang bakal memberi tekanan langsung kepada komuniti usahawan di Malaysia.
Pengerusi ASEAN Elevate Centre (AEC) di bawah ASEAN Chamber of Commerce & Industry, Coach Norlukmal Mat Ghani, berkata konflik berpanjangan berisiko menjejaskan kestabilan harga tenaga, rantaian bekalan dan sentimen pasaran dunia.
Menurut beliau, antara impak utama yang dijangka memberi kesan kepada usahawan tempatan termasuk kenaikan harga minyak global akibat gangguan laluan strategik seperti Selat Hormuz.

Tambahnya, kos logistik dan bahan mentah meningkat, memberi tekanan kepada margin keuntungan serta berlaku gangguan rantaian bekalan antarabangsa, khususnya bagi sektor pembuatan, F&B dan pembinaan. Malah ketidaktentuan pasaran dan penurunan kuasa beli pengguna turut terjadi.
“Apa yang berlaku di Timur Tengah hari ini akan sampai ke operasi harian usahawan di Malaysia dalam masa yang singkat. Ini realiti ekonomi global yang saling berkait,” jelas beliau.
“Dalam menghadapi situasi ini, Coach Lukmal menekankan bahawa pendekatan tradisional yang hanya bertindak selepas krisis berlaku tidak lagi mencukupi.
“Krisis ini akan membezakan antara usahawan yang reaktif dan usahawan yang strategik. Mereka yang bersedia lebih awal akan mempunyai kelebihan untuk bukan sahaja bertahan, malah berkembang,” katanya.
Beliau turut menegaskan faktor paling kritikal dalam tempoh ini adalah pengurusan aliran tunai (cashflow), diikuti keupayaan menyesuaikan model perniagaan dengan pantas.
Sebagai tindak balas kepada cabaran ini, ASEAN Elevate Centre (AEC) yang dipengerusikan oleh Coach Lukmal tampil sebagai platform sokongan strategik serantau untuk membantu usahawan menavigasi ketidaktentuan ekonomi.
AEC yang beroperasi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) menawarkan:
🔹 Akses Rangkaian Perniagaan ASEAN.
- Menghubungkan usahawan Malaysia dengan rakan niaga di negara ASEAN seperti Vietnam, Indonesia dan Thailand bagi diversifikasi pasaran, alternatif sumber bekalan serta peluang eksport dan kerjasama strategik.
🔹 Sokongan Pengurusan Bisnes Bersepadu.
- Pengurusan perakaunan & kewangan.
- Sokongan pentadbiran & sumber manusia.
- Khidmat IT & keselamatan siber.
- Strategi pemasaran digital.
🔹 Latihan, Coaching & Pembangunan Kepimpinan.
- Pengurusan krisis.
- Kepimpinan usahawan.
- Transformasi digital.
- Pembangunan kapasiti organisasi.
🔹 Platform Scale-Up ke Peringkat Serantau.
- Franchise & licensing.
- Business matching antarabangsa.
- Pengembangan jenama ke pasaran ASEAN.
Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, kekuatan sebenar usahawan adalah pada jaringan dan keupayaan beradaptasi. AEC diwujudkan untuk menjadi jambatan kepada peluang tersebut.
Coach Lukmal turut menggariskan beberapa langkah praktikal yang perlu diberi perhatian oleh usahawan;
- Memperkukuh aliran tunai dan mengawal komitmen tetap.
- Mempelbagaikan sumber bekalan bagi mengurangkan risiko gangguan.
- Mengoptimumkan kos secara strategik, bukan sekadar pengurangan menyeluruh.
- Menyesuaikan harga dan penawaran produk mengikut realiti pasaran.
- Melaksanakan digitalisasi dan automasi operasi.
- Fokus kepada segmen pasaran yang lebih tahan krisis.
- Memanfaatkan rangkaian ASEAN untuk pertumbuhan Baharu.
- Mengulas lanjut, beliau berpandangan bahawa setiap krisis global sebenarnya membuka ruang kepada transformasi dalam landskap keusahawanan.
“Perang Iran ini bukan sekadar krisis tenaga, tetapi ujian kepada daya tahan usahawan. Mereka yang mampu menyesuaikan strategi dengan pantas akan muncul lebih kukuh dan berdaya saing di peringkat ASEAN,” jelasnya.



