Tuesday, 27 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Khas

Rupiah jatuh menghampiri paras terendah dalam sejarah, pasaran saham merosot

Zailani by Zailani
26 Oct 2026
in Khas, Semasa
0
Rupiah jatuh menghampiri paras terendah dalam sejarah, pasaran saham merosot
0
SHARES
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BENGALURU, 26 OKT ( Reuters) : Rupiah diniagakan hampir paras terendah dalam sejarah pada 18,190 bagi setiap dolar AS, manakala pasaran saham negara itu merosot lebih satu peratus ketika pelabur menilai amaran penyedia indeks global MSCI mengenai status pasaran saham Indonesia serta perkembangan politik di Brazil.

Tumpuan pelabur di Brazil terarah kepada kesan kemenangan pilihan raya Presiden Luiz Inacio Lula da Silva selepas Senator Flavio Bolsonaro, calon berhaluan kanan yang mendapat sokongan ramai pelabur, enggan mengakui kekalahan.

Related posts

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026
Harga emas lonjak semula cecah paras tertinggi tujuh minggu RM560.18 segram

Peluang besar kejatuhan emas

26 Oct 2026

Pasaran Brazil masih belum dibuka, dengan mata wang real meningkat 6.4 peratus setakat tahun ini, manakala indeks penanda aras Bovespa mencatat kenaikan 8.4 peratus.

“Pemilihan semula mengejut Presiden Luiz Inácio Lula da Silva dengan 51.8 peratus undi sah mencabar kenaikan aset Brazil yang didorong jangkaan terhadap pentadbiran mesra pasaran selepas kemenangan Flávio Bolsonaro pada pusingan pertama,” kata penganalisis UBS dalam satu nota.

Di Indonesia, indeks saham Jakarta merosot lebih 1.7 peratus pada awal dagangan sebelum mengurangkan kerugian kepada kira-kira 0.9 peratus.

Pasaran terus menilai amaran MSCI bahawa saham Indonesia berisiko diturunkan kepada status pasaran kendiri atau ‘standalone’, manakala Gabenor Bank Indonesia berkata bahawa bank pusat itu terus berada dalam pasaran pertukaran asing bagi memastikan keadaan penawaran dan permintaan kekal teratur.

“Kebimbangan asas nampaknya tertumpu kepada pasaran ekuiti Indonesia dan bukannya kemerosotan dalam asas makroekonomi atau asas kredit kerajaan negara itu secara lebih luas,” kata pengurus pelaburan Aberdeen Investments, Fesa Wibawa.

Rupiah susut kepada 18,125 bagi setiap dolar AS, menghampiri paras terendah dalam sejarah dan menjadikan kerugian mata wang itu sejak awal tahun kira-kira lapan peratus.

Fesa berkata ketidaktentuan mengenai keputusan semakan MSCI dan jumlah aliran keluar dana ekuiti yang mungkin berlaku boleh terus memberi tekanan kepada rupiah dalam tempoh terdekat, meskipun asas kredit kerajaan Indonesia kekal berdaya tahan.

Sementara itu, peso Filipina mencecah paras terendah rekod pada 63.919 bagi setiap dolar AS.

Mata wang itu susut kira-kira 8 peratus setakat tahun ini, menjadikannya antara mata wang berprestasi paling lemah di rantau ini bersama rupiah Indonesia.

Penganalisis HSBC berkata, kelemahan peso mencerminkan kebimbangan terhadap defisit akaun semasa Filipina yang berterusan, pelaburan langsung asing yang rendah serta rizab pertukaran asing yang semakin berkurangan.

Dalam kalangan pasaran saham serantau, saham Korea Selatan merosot 1.5 peratus menjelang pengumuman keputusan kewangan pengeluar cip SK Hynix dan Samsung Electronics pada minggu ini.

Pelabur turut menantikan keputusan kewangan syarikat teknologi utama AS, Alphabet dan Microsoft, bagi mendapatkan petunjuk mengenai perbelanjaan berkaitan pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) yang sedang rancak berlangsung.

Pasaran saham Taiwan yang didominasi saham teknologi ditutup sempena cuti umum, manakala saham Filipina dan Singapura masing-masing susut 1.5 peratus dan 0.3 peratus.

Indeks penanda aras Thailand meningkat sedikit sebanyak 0.6 peratus menjelang keputusan dasar monetari bank pusat negara itu pada Rabu, dengan pasaran secara meluas menjangkakan kadar faedah dikekalkan pada paras semasa untuk mesyuarat keempat berturut-turut.

Pelabur turut menantikan beberapa keputusan dasar monetari bank pusat utama dunia pada minggu ini, dengan pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed), Bank of Japan dan Bank Pusat Eropah (ECB) mengekalkan kadar faedah masing-masing.

Previous Post

Wanita Malaysia jatuh lubang 10 meter di Vietnam

Next Post

Peluang besar kejatuhan emas

Next Post
Harga emas lonjak semula cecah paras tertinggi tujuh minggu RM560.18 segram

Peluang besar kejatuhan emas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil