Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Najib gagal tangguh hukuman penjara 15 tahun, denda RM11.4 bilion kes 1MDB

Zailani by Zailani
14 Oct 2026
in Semasa
0
Najib gagal tangguh hukuman penjara 15 tahun, denda RM11.4 bilion kes 1MDB
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR,14 OKT ( Berita Harian) – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung permohonan berkenaan.

Related posts

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026
Harga emas lonjak semula cecah paras tertinggi tujuh minggu RM560.18 segram

Peluang besar kejatuhan emas

26 Oct 2026

Najib, 73, memohon supaya pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan di Mahkamah Rayuan.

Dalam alasan penghakiman ringkas, Noor Ruwena berkata, selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak dan fakta permohonan, keadaan Najib sudah berubah berbanding ketika permohonan penangguhan dalam kes SRC International dipertimbangkan sebelum ini.

“Hujah bahawa Najib ialah pesalah kali pertama mungkin boleh diterima ketika itu, namun keadaan berbeza selepas sabitan dalam kes SRC dikekalkan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Keadaan itu berbeza ketika permohonan penangguhan dalam kes SRC dipertimbangkan sebelum ini, apabila hujah bahawa pemohon ialah pesalah kali pertama masih boleh diterima,” katanya.

Noor Ruwena berkata, mahkamah turut mengambil kira proses pengampunan yang dilalui Najib melalui Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, yang menyaksikan hukuman penjara dikurangkan dan denda RM50 juta dikenakan berbanding RM210 juta yang dijatuhi mahkamah perbicaraan dalam kes SRC.

Noor Ruwena berkata, laporan perubatan yang dikemukakan melalui Ekshibit MSA 14 menunjukkan keperluan kesihatan Najib dijaga dengan baik oleh hospital kerajaan dan pakar.

Mengenai isu denda yang besar, Noor Ruwena berkata, jumlah berkenaan tidak boleh dianggap sebagai keadaan khas yang membolehkan penangguhan keseluruhan penghakiman, sabitan dan hukuman diberikan.

Beliau berkata, amalan semasa ialah tertuduh tidak perlu membayar denda sehingga rayuan akhir selesai, manakala kegagalan membayar denda boleh menyebabkan tempoh penjara tambahan dikenakan.

“Walaupun saya memberikan penangguhan pembayaran denda, ia tidak mengubah dapatan saya berhubung ujian keadaan khas yang perlu dipenuhi oleh pemohon,” katanya.

Noor Ruwena berkata, mahkamah turut mengambil maklum hujahan pembelaan mengenai isu undang-undang baharu, prospek rayuan, usia dan kesihatan Najib serta prinsip kesamarataan di sisi undang-undang mengikut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Noor Ruwena berkata, mahkamah yang mendengar permohonan penangguhan bukan forum untuk menentukan sama ada sabitan itu betul atau sebaliknya.

Dalam menimbang kepentingan Najib dengan kepentingan awam, Noor Ruwena berkata, beliau lebih bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa keseriusan kesalahan ialah pertimbangan penting yang perlu diberikan perhatian.

“Mahkamah mendapati, ujian keadaan khas tidak dipenuhi oleh pemohon. Oleh itu, saya mendapati permohonan ini tidak mempunyai merit dan dengan ini ditolak,” katanya.

Pada 26 Disember lalu, bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion bagi pertuduhan menggunakan kedudukan, selain penalti bagi pertuduhan pengubahan wang haram yang menjadikan jumlah keseluruhan denda dipertikaikan dalam permohonan itu kira-kira RM13.47 bilion.

Hukuman penjara bagi kes 1MDB itu diperintahkan bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman dalam kes SRC International.

Permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu, difahamkan mempunyai kaitan dengan perintah tahanan rumah yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pada 18 September lalu, baginda memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat ditetapkan.

Previous Post

Malaysia Airlines bantu 140 jemaah umrah terkandas

Next Post

Karangkraf diiktiraf organisasi ikonik di pentas antarabangsa

Next Post
Karangkraf diiktiraf organisasi ikonik di pentas antarabangsa

Karangkraf diiktiraf organisasi ikonik di pentas antarabangsa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil