Wednesday, 28 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Guru mengaku tidak bersalah langgar dua pelajar Tingkatan Satu hingga seorang maut

Zailani by Zailani
13 Oct 2026
in Semasa
0
Guru mengaku tidak bersalah langgar dua pelajar Tingkatan Satu hingga seorang maut
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU, 13 OKT ( Harian Metro) – Guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pelajar Tingkatan Satu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, di sini, April lalu.

Tertuduh, Sakinah Ismail, 57, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah.

Related posts

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026
Harga emas lonjak semula cecah paras tertinggi tujuh minggu RM560.18 segram

Peluang besar kejatuhan emas

26 Oct 2026

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian pelajar perempuan Tingkatan Satu di kawasan surau SMK Tanjong Mas di sini, pada 1.40 tengah hari, 12 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa cuai dengan melanggar pelajar seorang perempuan Tingkatan Satu menggunakan Honda HRV sehingga membahayakan nyawa pada jam dan di lokasi sama.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah dan tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hasif Hasan dan Wan Fadhil Fayyadh Wan Mohd Zuhairi.

Terdahulu, Muhammad Nadzir menawarkan jaminan RM3,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Muhamamd Hasif bagaimanapun memohon jaminan paling minimum ditawarkan kerana anak guamnya yang juga seorang ustazah seorang berdisiplin dan memberi kerjasama baik, selain tinggal di Kota Bharu.

Katanya, anak guamnya tidak pernah terbabit dengan sebarang kesalahan dan memaklumkan tertuduh sebelum ini menerima dua kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

“Selain itu, anak guam saya juga penerima anugerah guru personaliti terbaik pada tahun lalu di sekolah berkenaan dan akan bersara pada 16 November depan,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM2,000 bagi kedua-dua kes dengan seorang penjamin, dan menetapkan 6 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh kenderaan yang dipandu guru wanita di hadapan surau SMK Tanjung Mas di sini, pada 12 April lalu.

Previous Post

Gunung Semeru meletus, abu cecah 900 meter

Next Post

Pengecualian tarif semikonduktor, Malaysia belum terima petunjuk rasmi AS

Next Post
Pengecualian tarif semikonduktor, Malaysia belum terima petunjuk rasmi AS

Pengecualian tarif semikonduktor, Malaysia belum terima petunjuk rasmi AS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan
  • MPUPK Perkukuh Usahawan Bumiputera Zon Timur
  • Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil