Thursday, 29 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

50 tahun peluru lanun ‘tertanam’ di bahu Jakarta

Zailani by Zailani
1 Oct 2026
in Semasa
0
50 tahun peluru lanun ‘tertanam’ di bahu Jakarta
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG, 1 OKT ( Sinar Harian) – Peluru berkaliber 7.62 milimeter yang masih ‘tertanam’ di bahu kiri hingga kini menjadi bukti pengorbanan seorang bekas anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang terlibat pertempuran dengan kumpulan lanun bersenjata di perairan Lahad Datu, Sabah pada Jun 1976.

Berkongsikan kisah itu, Sub Inspektor (B) Jakarta Makling berkata, ketika itu beliau bertugas sebagai kru Kapal Ronda PX27.

Related posts

Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan

28 Oct 2026
Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

Kelantan mahu KB Sentral diteruskan tanpa tunggu peruntukan RM250 juta

26 Oct 2026

“Saya terlibat secara langsung dalam pertempuran dengan kumpulan lanun bersenjata di perairan Lahad Datu, Sabah.

“Dalam pertempuran itu, saya telah terkena tembakan sehingga mengalami kecederaan pada bahu kiri. Ketika itu terus terduduk dan masih memegang senjata untuk pertahankan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Ulang Tahun PPM Ke-79 di Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang di sini pada Khamis.

Beliau sebelum itu menerima Anugerah Tokoh Wira PPM 2026 yang disampaikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Bercerita lanjut, pesara berusia 72 tahun berasal dari Semporna, Sabah itu berkata, peluru itu masih kekal di bahu kirinya sehingga kini.

Tambahnya, peluru ini tidak dikeluarkan dari bahu kerana risiko yang menjejaskan saraf di tangan.

“Kalau pembedahan ketika itu diteruskan dan terpotong pada saraf, tangan berisiko mengecil. Jadi peluru itu dibiarkan sampai sekarang,” kata bapa kepada enam anak.

Jakarta menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Mei 1972 dan menamatkan perkhidmatan setelah bersara pada 12 Oktober 2012.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah berkhidmat sebagai kru di beberapa buah kapal ronda PPM, antaranya P8, PX16, PX27, PA7 dan PX30, sebelum mengakhiri perkhidmatan sebagai Sub Inspektor Keselamatan Pangkalan PPM Sandakan, Sabah.

Jakarta yang juga anak ketiga daripada sembilan beradik itu terlibat secara langsung dalam lapan pertempuran dengan kumpulan lanun bersenjata di perairan Lahad Datu, Sabah.

Hasil keberanian, tindakan tegas dan kecekapannya bersama pasukan, ancaman kumpulan lanun berkenaan berjaya ditumpaskan, termasuk tiga orang lanun yang ditembak mati dalam pertempuran tersebut.

Antara pertempuran laim yang beliau terlibat pada Ogos 1976 dengan sembilan lanun bersenjata yang menawan Pulau Bakungan Kecil, Sandakan, Sabah.

Dalam tempoh tahun 1992 hingga 2002, ketika bertugas sebagai kru bot ronda PPM, beliau terlibat secara langsung dalam lima pertempuran dengan kumpulan bersenjata di perairan Lahad Datu, Sabah sehingga berjaya menumpaskan ancaman berkenaan, termasuk menembak mati tiga ahli kumpulan bersenjata.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, Anugerah Tokoh Wira PPM 2026 diwujudkan bagi mengenang jasa dan pengorbanan warga PPM yang menunjukkan keberanian, dedikasi dan kecemerlangan dalam mempertahankan keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

“Pengiktirafan ini bukan semata-mata tertumpu kepada seseorang individu sahaja, malah ianya merupakan sebuah penghormatan kepada seluruh keluarga besar PPM,” ujarnya.

Previous Post

Casalwa angkat pesona Terengganu

Next Post

Berkat OSH Group rancang perluasan perniagaan, sasar IPO menjelang 2029

Next Post
Berkat OSH Group rancang perluasan perniagaan, sasar IPO menjelang 2029

Berkat OSH Group rancang perluasan perniagaan, sasar IPO menjelang 2029

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan
  • Kopi Royale Johor sasar buka kafe selepas jual 5,000 cawan dalam tiga hari
  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil