Thursday, 29 October 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Casalwa angkat pesona Terengganu

Zailani by Zailani
1 Oct 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Casalwa angkat pesona Terengganu
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KEINDAHAN alam semula jadi Terengganu diterjemahkan ke dalam helaian fabrik menerusi ‘Teduh’ iaitu koleksi terbaharu yang dipertaruhkan oleh jenama fesyen tempatan, Casalwa, demi mengangkat identiti Malaysia ke pentas pasaran antarabangsa sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.

Pengarah Urusan dan Pengasas Casalwa Holding Sdn Bhd, Datin Sharifah Salwa Syed Shafie berkata, penyertaan Casalwa buat tahun ketiga di MIHAS bukan sekadar memperagakan koleksi baharu, sebaliknya menjadi platform untuk membawa kreativiti pereka Malaysia menembusi pentas global.

Related posts

Kopi Royale Johor sasar buka kafe selepas jual 5,000 cawan dalam tiga hari

28 Oct 2026
Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

27 Oct 2026

Menurutnya, MIHAS memberi ruang kepada jenama tempatan berkembang dari tahun ke tahun melalui pendedahan kepada pembeli, penggiat industri dan pengunjung antarabangsa.

“Bagi saya, setiap kali acara adalah perkembangan untuk Casalwa, proses pembelajaran berlangsung setiap tahun.

“MIHAS ni memang global platform. Jadi setiap tahun kami melihat perkembangan yang berbeza.

“Kita tambah baik dari tahun pertama, kedua dan ketiga. Dari segi rekaan dan apa sahaja berkait dengan industri fesyen ni menjadikan Casalwa lebih matang dari segi rekaan dan hala tuju jenama,” katanya kepada Sinar Bisnes selepas Pertunjukkan Fesyen Modest Luxe sempena MIHAS 2026.

Mengulas lanjut, Sharifah Salwa berkata, Teduh menampilkan lapan rekaan yang diinspirasikan daripada landskap Terengganu dengan elemen pokok kelapa, laut dan suasana damai yang menjadi identiti negeri Pantai Timur tersebut.

Beliau yang juga penerima Anugerah Ikon Pereka Fesyen Modest Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026 berkata, pendekatan tersebut dipilih bagi memberi pengalaman visual kepada penonton antarabangsa tentang keindahan alam Malaysia menerusi fesyen.

“Rekaan pokok kelapa dengan laut dipilih secara spesifik sebab saya asal Terengganu, jadi saya lebih fokus kepada suasana Terengganu. Saya nak orang luar rasa sedikit sentuhan Malaysia.

“Saya mahu mereka melihat bagaimana suasana dan alam semula jadi kita melalui koleksi ini,” ujar beliau.

Beliau menambah, setiap penyertaan Casalwa di MIHAS mempunyai naratif tersendiri.

Katanya, jika koleksi tahun kedua mengangkat tema Hari Malaysia menerusi motif bunga raya dan kepelbagaian budaya, Teduh pula memberi tumpuan kepada ketenangan alam sebagai bahasa universal yang mudah diterima pasaran global.

“MIHAS ni memang platform untuk mereka yang nak keluar daripada zon selesa di Malaysia.

“Sebab ini dah tahun ketiga, saya dah nampak MIHAS jadi peluang untuk menembusi pasaran global. Kini fokus kami adalah memperkukuhkan jenama dan membuat persediaan untuk berkembang ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Penghasilan koleksi Teduh mengambil masa kira-kira dua bulan membabitkan penyediaan fabrik, pembangunan rekaan dan penghasilan koleksi, walaupun idea kreatifnya telah dirancang lebih awal.

Pada masa sama, Sharifah Salwa berkata, Casalwa turut mempertaruhkan batik sebagai teras koleksi kerana percaya tekstil warisan berkenaan mempunyai nilai komersial dan daya tarikan tersendiri di peringkat antarabangsa.

Katanya, sambutan sepanjang MIHAS 2026 juga menunjukkan peningkatan apabila lebih ramai pengunjung asing hadir berbanding tahun lalu, sekali gus membuka peluang kerjasama baharu.

“Kami dah dapat beberapa pendekatan daripada pihak luar untuk kerjasama, termasuk jemputan mengadakan fashion show. Itu menunjukkan MIHAS benar-benar membuka pintu kepada pasaran global,” katanya.

Sinar Harian

Previous Post

Saya sedia tanggung akibat: Shuhaili ulas insiden tular pemantauan aktiviti ‘ulat’ warga asing

Next Post

50 tahun peluru lanun ‘tertanam’ di bahu Jakarta

Next Post
50 tahun peluru lanun ‘tertanam’ di bahu Jakarta

50 tahun peluru lanun 'tertanam' di bahu Jakarta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Haraki Fest 2026 himpun usahawan, buka ruang teroka pasaran baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Pelanggan Maybank boleh bayar guna QR di lima lagi negara termasuk China, Korea Selatan
  • Kopi Royale Johor sasar buka kafe selepas jual 5,000 cawan dalam tiga hari
  • Bukan sekadar baiki telefon, Seminar PRESENT 2026 buka peluang jana pendapatan

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil