Thursday, 30 April 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Minda Jutawan

Saya bermula dengan kedai runcit kecil- Dato Ameer

Zailani by Zailani
12 Mar 2026
in Minda Jutawan
0
Saya bermula dengan kedai runcit kecil- Dato Ameer
0
SHARES
29
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Zumurni Hamzah

Related posts

Presidential Train Now Available For Jakartans Traveling To Bandung

12 Mar 2026

A Digital Media Startup Growing Up With Millennial Women

12 Mar 2026

Siapa tidak kenal dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin). Syarikat perniagaan dan borong terbesar di Malaysia yang menawarkan barangan runcit dengan harga berpatutan itu cukup dekat dihati rakyat negara ini.

Mempunyai 67 cawangan dengan  lebih 6,000 pekerja di seluruh negara,  nama Mydin   bukan calang-calang apatah  lagi baru sahaja membuka cawangan terbesar di Malaysia, Mydin Tunjong pada  Mac lalu.

Mydin Tunjong yang dibina di Tunjong, Kota Bharu itu menyasarkan hasil jualan melebihi RM15 juta sebulan selain menyediakan 400 peluang perniagaan serta  1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Antara keunikan lain yang ada di Mydin Tunjong ialah ia mengetengahkan hasil-hasil produk keluaran usahawan-usahawan tempatan dengan adanya Bazar Siti Hawa yang terletak di aras dua bangunan berkenaan.

Bermula di Jalan Post Office Lama di Kota Bharu dengan kedai runcit papan pada tahun 1957, Mydin memulakan perniagaan dengan menjual alat permainan kanak-kanak dan barangan am.

Mydin memulakan perniagaan dengan menjual alat permainan kanak-kanak dan barangan am.

Sejak itu Mydin terus berkembang dengan maju dan berjaya. Dengan visi untuk menjadi pengedar terkemuka di dunia yang memberikan perkhidmatan yang kompetitif dan halal di Malaysia, ia kini dikenali sebagai Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Kejayaan Mydin untuk kekal utuh sejak lebih enam dekad lalu bukan sesuatu yang mudah terutamanya pada hari ini, dimana persaingannya cukup sengit. Pasar raya boleh dikatakan  tumbuh bak cendawan terutamanya di ibu kota dan bandar-bandar besar.

Melihatnya sebagai sesuatu yang positif, Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr. Ameer Ali  Mydin tidak gentar dengan persaingan malah menganggapnya sesuatu yang  baik dan menguntungkan pengguna apabila masing-masing bersaing memberi harga dan kualiti barangan yang terbaik.

Setiap kejayaan itu pastinya ada cabaran dan pengorbanan tersendiri, ikuti perkongsian Datuk Ameer Ali  bersama majalah Qiadah milik PMBK dalam melebarkan empayar Mydin, kekal utuh dan  terus gah sejak 65 tahun lalu.

Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang dan keluarga Datuk?

Datuk Ameer Ali : Saya dilahirkan di Pulau Pinang tetapi dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan. Anak keempat daripada tujuh adik beradik dan berkelulusan  Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kimia dari Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Sonoma State, Amerika Syarikat.

Sebagaimana diketahui umum, Mydin memulakan langkah pertama  di Kota Bharu. Boleh Datuk kongsi sedikit sejarah penubuhan Mydin di Kelantan sebelum melebarkan sayap ke seluruh negara.

Datuk Ameer Ali : Mydin  bermula dengan  kedai runcit kecil berdindingkan papan di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu yang mana diasaskan oleh arwah bapa,  Mydin Mohamed Ghulam Hussein pada Ogos 1957. Pada peringkat permulaan, Mydin bermula dengan menjual alat permainan kanak-kanak dan barangan am.

 Bila Datuk mula menyertai Mydin dan mengapa beralih arah dari bidang perbankan kepada bidang perniagaan?

Datuk Ameer Ali : Selepas pulang ke tanahair setelah menamatkan pengajian di Amerika Syarikat, arwah bapa mengajak saya untuk bekerja bersamanya tetapi  pada peringkat permulaan, saya ingin mencari pengalaman bekerja dalam bidang perbankan. Selepas lapan tahun berkecimpung dalam bidang tersebut, saya mengambil keputusan menceburi bidang perniagaan dan menyertai Mydin pada tahun 1987

Qiadah : Datuk adalah orang yang bertanggungjawab membawa Mydin ke Lembah Klang . Apa yang mendorong  Datuk membuat keputusan yang besar itu?

Datuk Ameer Ali :  Ketika itu saya dan isteri menetap di Kuala Lumpur, jadi adalah rasional bagi  Mydin untuk membuka cawangan di Lembah Klang.

: Bagaimana dengan cabaran yang terpaksa Datuk tempuhi dalam usaha mengembangkan perniagaan dan meluaskan rangkaian Mydin?

“Cabaran terpaksa ditempuhi dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan Mydin termasuk  mendapatkan modal dari pihak bank kerana ketika itu, Mydin hanyalah rangkaian peruncitan yang kecil”

Pihak bank tidak yakin dengan kemampuan kami untuk membayar semula pinjaman namun Alhamdullilah, kami akhirnya mendapat kepercayaan daripada Ambank yang membantu kami meluaskan empayar Mydin dan membina kejayaan yang dikecapi hari ini.

Apa kekuatan Mydin dalam usaha menarik pelanggan (tarikan pelanggan)?

Datuk Ameer Ali : Kekuatan Mydin adalah format perniagaan kami iaitu borong dan runcit. Mydin berusaha untuk menawarkan harga yang sentiasa kompetetif buat pelanggan B40 kerana kami sedar keperluan orang  ramai terutamanya ketika ini, bergelut dengan isu kenaikan harga yang telah menjejaskan kuasa beli pengguna.Mydin juga merupakan pasar raya tempatan dan halal.

Setelah lebih enam dekad  bertapak dalam industri peruncitan di Malaysia, boleh Datuk kongsi kejayaan Mydin?

Datuk Ameer Ali : Alhamdulilah, Mydin kekal utuh dan kami akan menyambut ulang tahun ke 65 pada tahun ini dengan 67 cawangan serta melebihi 6,000 pekerja di seluruh negara. Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan pekerja dan pelanggan yang masih setia bersama kami. Mereka adalah aset kejayaan kami.

Soalan: Terkenal dengan barangan murah dan berpatutan, bagaimana Mydin mengekalkannya sehingga kini  sedangkan negara berdepan dengan kenaikan harga barangan yang begitu ketara?

Datuk Ameer Ali : Tidak dinafikan, Mydin turut terkesan dengan situasi semasa namun kami komited dalam membantu rakyat terutamanya dari golongan B40 untuk menikmati harga yang berpatutan.

Bagi membolehkan pelanggan untuk kekal mendapatkan harga yang berpatutan, kami sentiasa mencari jalan dan mendapatkan pembekal yang mampu menawarkan harga yang terbaik termasuk mengimport sendiri barangan.

Qiadah: Bagaimana pula dengan persaingan-persaingan dalam bidang peruncitan termasuk pembinaan pasaraya besar yang dilihat tumbuh bak cendawan selepas hujan di negara kita?

Datuk Ameer Ali : Persaingan merupakan adat dalam bidang perniagaan namun apa yang membezakan Mydin dan juga pasar raya yang lain adalah teras perniagaan kami kerana Mydin memfokuskan produk halal. Persaingan yang sihat juga menguntungkan pengguna kerana kami bersaing memberikan harga dan kualiti yang terbaik.

Qiadah :  Mydin baru sahaja membuka pasaraya Mydin terbesar di Malaysia, Mydin Tunjong  baru-baru ini. Kenapa Kelantan dipilih sebagai lokasi penubuhannya dan bagaimana dengan sambutan daripada rakyat Kelantan.

Datuk Ameer Ali : Mydin Tunjong merupakan Mydin terbesar di Malaysia dengan lebih satu juta kaki persegi dan mempunyai fasiliti surau dua tingkat. Negeri Kelantan sangat dekat buat Mydin kerana di sinilah kami bermula dan membuka cawangan pertama Mydin. Sebelum memutuskan untuk membuka cawangan Mydin Tunjong, kami telah mengkaji kehendak pasaran dan kuasa beli pengguna dan Alhamdulilah, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.

: Kelantan seringkali dianggap negeri miskin  dan ketinggalan dalam soal pembangunan, tidakkah itu akan memberi kesan kepada  penubuhan Mydin Tunjong?

Datuk Ameer Ali : Berbalik semula kepada misi Mydin, kami komited dalam memberikan harga rendah buat pengguna. Rangkaian Mydin sangat dekat dihati golongan B40 dan berdasarkan kajian pasaran yang kami lakukan, pembukaan Mydin Tunjong adalah merupakan langkah yang tepat.

: Mydin Tunjong  bukan sahaja dilihat sebagai salah satu pembangunan di Kelantan tetapi juga mampu melonjakan ekonomi rakyat dengan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk setempat. Apa harapan  Datuk dalam perkara ini?

Datuk Ameer Ali : Pembukaan Mydin Tunjong diharapkan mampu merancakkan perkembangan ekonomi setempat dan mampu memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Secara keseluruhannya, pembukaan Mydin Tunjong telah menawarkan  sebanyak 1,000 peluang perniagaan dan pekerjaan buat warga tempatan. Pada masa yang sama, rakyat Kelantan juga mempunyai pilihan untuk berbelanja pada harga borong dan kompetetif.

: Hampir empat dekad dalam bidang perniagaan.Secara peribadi, boleh Datuk kongsi resepi kejayaan Datuk dalam usaha melebarkan empayar Mydin?

Datuk Ameer Ali : Apa yang boleh saya kongsikan, sebagai seorang ahli perniagaan, anda perlu berkahwin dengan pasangan yang tepat. Saya bersyukur kerana banyak mendapat sokongan dan bantuan dari isteri. Selain itu, sebagai usahawan kita perlu sentiasa berdisiplin dan mencari rezeki halal serta berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Keluarga dan kakitangan juga merupakan aset utama dalam membangunkan dan membina kejayaan Mydin hingga ke hari ini.

Soalan: Dunia perniagaan dilihat sebagai batu loncatan untuk kaya dan berjaya. Ini boleh dilihat dengan jelas melalui trend hari ini yang mana  ramai dikalangan anak muda  yang memilih  untuk berniaga untuk cepat kaya dan berjaya. Apa komen datuk dalam perkara ini?

Datuk Ameer Ali : Dalam berniaga jangan berharap untuk cepat kaya. Apa yang penting adalah minat yang mendalam dan mempunyai daya tahan yang tinggi untuk kekal bertahan dalam industri. Kekayaan dan populariti akan dicapai kemudian. Usahakan mengikut kepakaran kita dan pastikan kita bekerja di lapangan berkaitan  sebelum memulakan perniagaan agar tahu erti kesusahan.

Soalan : Nasihat Datuk kepada usahawan-usahawan muda terutamanya yang baharu berkecimpung dalam bidang ini

Datuk Ameer Ali : Sentiasa berdisplin,jujur dan amanah dalam setiap urusan yang dijalankan serta memastikan hasil yang diperoleh adalah halal. Dalam masa yang sama, tetapkan niat berniaga untuk membantu orang lain dan bukannya  untuk mengejar kejayaan semata-mata. Perniagaan ini bukan sesuatu yang mudah namun tiada yang mustahil asalkan kita tetapkan matlamat kita dan berusaha gigih untuk mencapainya.

habis

Previous Post

Aplikasi Ryt Bank Di Kedudukan Pertama Carta Muat Turun Malaysia Pada Februari

Next Post

Growbiz lahirkan usahawan cekal dan berani

Next Post
Pasaraya KITO, tawar kemudahan  pengunjung hospital Kuala Krai

Pasaraya KITO, tawar kemudahan pengunjung hospital Kuala Krai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AirBorneo Rancang Pengembangan, Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saya bermula dengan kedai runcit kecil- Dato Ameer

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Growbiz lahirkan usahawan cekal dan berani

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Ryt Bank Di Kedudukan Pertama Carta Muat Turun Malaysia Pada Februari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Kunjugan Hormat ACCI ke MITI jadi platform pacu ekonomi Asean serta Antarabangsa
  • “Jom Berwakaf Bina Kompleks Pendidikan Sri Showme”
  • Malaysia tidak perlukan pakej rangsangan ekonomi baharu buat masa ini – Bank Dunia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil