Friday, 31 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

Adila by Adila
27 Mar 2026
in Semasa, Terkini
0
Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

Stephen Innes

0
SHARES
90
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot pada Khamis susulan peningkatan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin merancang operasi taktikal amfibia berhampiran Pulau Kharg, sebuah hab utama bagi eksport minyak mentah Iran.

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga emas susut daripada sekitar AS$4,950 semalaman kepada hampir AS$4,450 dalam dagangan Asia, satu pergerakan yang mungkin kelihatan bertentangan dengan jangkaan berikutan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat.

Related posts

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

30 Jul 2026
Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX

Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

29 Jul 2026

Beliau berkata sebarang gangguan terhadap eksport minyak dari Pulau Kharg boleh menyebabkan kejutan bekalan yang ketara kepada pasaran minyak global.

“Bagaimanapun, penurunan ini mencerminkan dinamika pasaran yang lebih luas dan bukannya kegagalan peranan emas sebagai aset selamat,” katanya kepada Bernama.

Innes menjelaskan bahawa pasaran kini semakin memberi tumpuan kepada kesan inflasi akibat harga tenaga yang lebih tinggi dalam persekitaran semasa.

Beliau berkata kenaikan harga minyak cenderung mendorong hasil bon global meningkat dan memperkukuh dolar AS yang kedua-duanya mewujudkan tekanan terhadap emas dalam jangka pendek.

Di samping itu, beliau berkata tempoh penetapan semula harga pasaran yang pesat sering mencetuskan pengurangan portfolio.

“Emas, sebagai satu daripada aset yang paling mudah tunai sering dijual bagi mendapatkan tunai dalam tempoh sebegini, walaupun risiko geopolitik sedang meningkat.

“Ia bertindak balas terhadap kesan berantai iaitu harga minyak yang lebih tinggi, hasil bon yang meningkat dan mudah tunai dolar lebih ketat yang kini mendominasi pergerakan harga,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2026 susut kepada AS$4,440.2 setiap auns troy daripada AS$4,566.8 pada Rabu, April 2026 menurun kepada AS$4,460.2 setiap auns troy daripada AS$4,586.9 manakala Mei 2026 berkurangan kepada AS$4,480.2 setiap auns troy daripada AS$4,607.6 sebelumnya.

Kontrak Jun, Ogos dan September 2026 juga ditutup lebih rendah pada AS$4,514.1 setiap auns troy daripada AS$4,641.5 semalam.

Jumlah dagangan merosot kepada sembilan lot daripada 20 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 75 kontrak daripada 86 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada AS$4,564.55 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 25 Mac, 2026.

  • Niaga hadapan emas merosot susulan penurunan harga perdagangan Asia, mencerminkan dinamika pasaran luas.
  • Penganalisis Stephen Innes kata penurunan mencerminkan fokus pada kesan inflasi akibat harga tenaga lebih tinggi.
  • Kenaikan harga minyak menaikkan hasil bon global dan memperkukuh dolar AS, memberi tekanan jangka pendek kepada emas.
  • Emas sering dijual bagi cecair portfolio semasa penetapan semula harga yang pesat walaupun risiko geopolitik meningkat.

Previous Post

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS bagi hari ketiga

Next Post

Gempa bumi di Papua Barat dan Honshu, tiada ancaman tsunami di Malaysia

Next Post

Gempa bumi di Papua Barat dan Honshu, tiada ancaman tsunami di Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah
  • Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD
  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil