Monday, 14 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Khas

AirBorneo Rancang Pengembangan, Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026

BisEditor by BisEditor
12 Mar 2026
in Khas, Pendapat, Terkini
0
0
SHARES
38
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA, 5 Feb (Bernama) — AirBorneo menyasarkan untuk mengembangkan operasinya dengan laluan dan kapasiti tambahan, susulan rancangannya untuk memperkenalkan operasi enjin jet pada separuh kedua 2026.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata syarikat penerbangan itu berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan ke bandar-bandar serantau, termasuk destinasi ASEAN dan domestik, dengan operasi jetnya.

Related posts

AS ancam kenakan pengasingan ekonomi ‘belum pernah dilihat dunia’ ke atas Iran

AS ancam kenakan pengasingan ekonomi ‘belum pernah dilihat dunia’ ke atas Iran

14 Aug 2026
Pegawai tentera Thailand mengamuk dalam pesawat dari Malaysia, cuba buka pintu

Pegawai tentera Thailand mengamuk dalam pesawat dari Malaysia, cuba buka pintu

11 Aug 2026

Beliau berkata AirBorneo dijangka memulakan operasi jet menerusi pengaturan pajakan pesawat, memandangkan ketika ini syarikat itu tidak boleh membuat pesanan bagi pesawat tersebut.

Ketika ini, kami sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan kawal selia. Sebaik sahaja pesawat tiba, kami juga sedang menyediakan produk dan perkhidmatan untuk ditawarkan di dalam pesawat, serta perkhidmatan operasi penerbangan dan pelanggan.

Kami sedang bersiap sedia untuk menjalankan operasi, termasuk pengendalian darat, operasi penerbangan, kejuruteraan dan kesediaan komersial untuk rangkaian, pengurusan hasil dan jualan, katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di luar Pertunjukan Udara Singapura 2026.

AirBorneo dijangka memulakan operasi jet menerusi pengaturan pajakan pesawat.

Menurut Megat Ardian, strategi jangka panjang syarikat penerbangan itu ialah mewujudkan rangkaian operasi yang berperanan penting bagi menghubungkan bandar utama dengan rangkaian luar bandar dan serantau.

Rangkaian penerbangan timbal balik direka untuk membawa pelancong dan pengembara lain ke Kuching, dan seterusnya membolehkan mereka menggunakan rangkaian perkhidmatan udara luar bandar (RAS).

Pesanan pesawat ATR dan operasi turbopro

Pada 3 Februari, AirBorneo memeterai perjanjian dengan pengeluar pesawat ATR, pembuat pesawat turboprop serantau Perancis-Itali, bagi memesan lapan pesawat, iaitu terdiri daripada lima ATR 72-600 dan tiga ATR 42-600, dengan penghantaran dijadualkan antara 2027 dan 2029.

Siri ATR-600 generasi baharu akan menjadi tulang belakang operasi RAS yang lebih cekap dan berdaya tahan untuk Malaysia Timur.

Megat Ardian menekankan bahawa penghantaran pesawat baharu akan berlaku dalam susunan 2-4-2, bermula pada suku ketiga 2027 dengan dua pesawat, empat pesawat (2028) dan baki dua pesawat pada 2029.

Beliau berkata pesawat ATR baharu dijangka menggantikan pesawat ATR sedia ada, yang akan terus beroperasi dalam laluan yang sama.

Tiada lapangan terbang baharu dijangka beroperasi, jadi rangkaiannya kekal sama,” katanya.

Mengulas mengenai operasi pada bulan pertama sejak syarikat penerbangan itu memulakan penerbangan sulungnya pada 2 Januari, Megat Ardian berkata setakat ini AirBorneo mempunyai 14 pesawat, termasuk lapan ATR dan enam Twin Otter.

Ketika ini, syarikat penerbangan itu membawa penumpang ke 23 destinasi, dengan lima ATR berpangkalan di Kota Kinabalu, dua ATR dan lima Twin Otter beroperasi dari Miri serta satu ATR dan satu Twin Otter dari Kuching.

Sejak kami mengambil alih operasi dari Malaysia Airlines Group, kami telah membawa kira-kira 53,000 penumbang pada Januari, katanya.

— BERNAMA

Tags: AirBorneo Rancang PengembanganLancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026
Previous Post

Presidential Train Now Available For Jakartans Traveling To Bandung

Next Post

Aplikasi Ryt Bank Di Kedudukan Pertama Carta Muat Turun Malaysia Pada Februari

Next Post
Pasaraya KITO, tawar kemudahan  pengunjung hospital Kuala Krai

Pasaraya KITO, tawar kemudahan pengunjung hospital Kuala Krai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga
  • Malaysia kekal tegas dapatkan semula aset 1MDB
  • Rangka manusia dalam tong biru

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil