Friday, 11 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

72 rakyat Malaysia terkandas di Tibet disahkan selamat

Zailani by Zailani
29 Aug 2026
in Semasa
0
72 rakyat Malaysia terkandas di Tibet disahkan selamat
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 29 OGOS ( Sinar Harian) – Seramai 72 rakyat Malaysia yang terkandas di Tibet, China, akibat gangguan perjalanan susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal, disahkan berada dalam selamat dan sihat.

Kementerian Luar (KLN) memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang berhubung dengan mereka yang kini berada di Darchen dan ahli keluarga turut mengetahui keadaan mereka.

Related posts

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

11 Sep 2026
Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri

10 Sep 2026

“Kedutaan Besar sedang memberikan bantuan konsular, termasuk membantu urusan perjalanan mereka untuk meninggalkan Tibet,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada masa sama, Kementerian Luar turut menerima maklumat daripada pihak berkuasa China dan ahli keluarga mengenai 36 rakyat Malaysia yang kini dilaporkan masih belum dapat dihubungi di kawasan yang mengalami gangguan telekomunikasi.

Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Beijing sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa China dan ahli keluarga untuk menghubungi individu berkenaan.

“Maklumat yang diterima turut disemak dengan laporan mengenai rakyat Malaysia di Nepal bagi mengenal pasti sebarang pertindihan, sementara proses pengesahan diteruskan,” katanya.

Sementara itu, 55 rakyat Malaysia di Nepal masih dilaporkan belum dapat dihubungi, manakala dua rakyat yang sebelum ini gagal dihubungi, kini berjaya dihubungi.

Kementerian memaklumkan, pengesahan mengenai mereka yang masih belum dapat dihubungi sedang diteruskan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu terus bekerjasama dengan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Kementerian Luar Nepal, Lembaga Pelancongan Nepal, agensi pelancongan dan pihak berkuasa tempatan berkaitan bagi mendapatkan kepastian mengenai keselamatan serta keberadaan mereka.

“Operasi mencari dan menyelamat di Nepal masih diteruskan,” menurutnya.

Kementerian Luar memaklumkan, pihak berkuasa turut memantau risiko peningkatan aliran air dari Tibet dan setakat jam 5 petang semalam, waktu Nepal (7.15 malam waktu Malaysia), National Disaster Risk Reduction and Management Authority of Nepal melaporkan 771 orang diselamatkan, termasuk 116 warganegara asing.

Berdasarkan senarai rasmi yang tersedia pada peringkat ini, kementerian menjelaskan, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti dalam kalangan warganegara asing yang diselamatkan.

“Bilik Operasi Kementerian di Putrajaya beroperasi 24 jam sejak 27 Ogos lalu bagi menyelaras maklumat dan membantu rakyat Malaysia di kawasan terjejas serta ahli keluarga mereka.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi kementerian melalui talian +603 8887 4570 dan emel dutyofficer@kln.gov.my,” katanya.

Kementerian juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang belum disahkan, sementara usaha untuk mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terbabit masih diteruskan.

“Kementerian akan terus memberikan perkembangan terkini berdasarkan maklumat yang disahkan melalui saluran rasmi,” ujarnya.

Previous Post

Kembar siam Muhammad Rosli meninggal dunia pagi tadi

Next Post

BSN angkat 69 kisah usahawan mikro sempena Merdeka

Next Post
BSN angkat 69 kisah usahawan mikro sempena Merdeka

BSN angkat 69 kisah usahawan mikro sempena Merdeka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu
  • Anwar, MB Kelantan bincang perkukuh kerjasama persekutuan-negeri
  • Abdul Azeez bebas daripada reman, bakal hadir PAU malam ini – Peguam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil