Saturday, 12 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Agrobank, MSU mantapkan pembangunan bakat industri halal

Zailani by Zailani
24 Aug 2026
in Semasa
0
Agrobank, MSU mantapkan pembangunan bakat industri halal
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM,24 OGOS ( Bernama) – Agrobank dan Management and Science University (MSU) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh pembangunan bakat dan daya saing industri halal dengan menyasarkan 5,000 penggiat industri halal berpengetahuan dan berkemahiran.

Kerjasama itu kesinambungan daripada inisiatif Halal@Agrobank yang dilancarkan baru-baru ini di Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026, sekali gus menjadi sebahagian usaha memperkukuh sokongan kepada usahawan agromakanan serta pembangunan ekosistem halal negara.

Related posts

UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li

UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li

11 Sep 2026
Helikopter ‘flying doctor’ terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, 5 dalam pesawat

Analisis DNA 5 mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok

11 Sep 2026

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, berkata kerjasama dengan MSU ialah langkah penting dalam memperkukuh inisiatif Halal@Agrobank melalui pembangunan bakat dan tenaga profesional yang mampu menyokong pertumbuhan ekosistem halal negara.

“Industri halal bukan saja memerlukan lebih ramai usahawan, tetapi juga tenaga profesional yang mempunyai daya saing untuk membantu mereka berkembang dan memenuhi keperluan industri. Justeru, pembangunan bakat perlu bergerak seiring dengan pembangunan usahawan.

“Kerjasama dengan MSU ini menyediakan laluan pembangunan bakat yang lebih tersusun, daripada pendidikan dan latihan kepada penguasaan daya saing serta aplikasi dalam industri.

“Melalui pendekatan ini, usahawan agromakanan dapat dibantu untuk meningkatkan kefahaman, memperkukuh pematuhan, menambah baik kualiti produk serta menembusi pasaran halal yang lebih luas,” katanya pada Majlis Pemeteraian Kerjasama Strategik Agrobank dan MSU di MSU Seksyen 13, hari ini.

Menerusi kerjasama itu, pihak MSU akan menyediakan kepakaran dalam pendidikan dan latihan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penyelidikan, inovasi serta pembangunan daya saing, manakala Agrobank akan menghubungkan kepakaran itu dengan pembangunan usahawan, akses pembiayaan, khidmat nasihat halal dan peluang pasaran.

Sementara itu, Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata majlis menandatangani MoU itu bakal menjadi platform penting kepada kerjasama pintar MSU dan Agrobank, khususnya melalui International Centre for Halal Studies (ICHLAS).

Beliau berkata, selaku satu daripada Centre of Excellence (COE) di MSU, ICHLAS bakal berkongsi kepakaran dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan pembangunan secara inklusif dan holistik.

“Di MSU, kami melihat industri sebagai rakan strategik dalam menyediakan peluang pekerjaan dan juga sebagai rakan pembangunan yang turut menyumbang kepada pengukuhan kurikulum, pembelajaran berasaskan pengalaman, penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat.

“Pendekatan ini memperkukuh ekosistem Industry-Embedded University yang membolehkan MSU melahirkan graduan yang cekap dan berdaya saing,” katanya.

Di samping menyasarkan 5,000 penggiat industri halal itu, Agrobank turut menyasarkan untuk melahirkan 300 penggiat halal bertauliah yang berdaya saing khusus dalam bidang halal.

Sasaran itu menyokong Pelan Hala Tuju Halal Agrobank 2026–2030, yang turut menyasarkan pembangunan 10,000 usahawan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar lebih bersedia meningkatkan kapasiti perniagaan, memenuhi keperluan pematuhan halal dan bersaing dalam pasaran yang lebih luas.

Previous Post

Polis Kelantan siasat penemuan remaja perempuan tidak bermaya di tepi jalan

Next Post

Ekonomi berkembang pesat, gaji pekerja masih ketinggalan

Next Post
Ekonomi berkembang pesat, gaji pekerja masih ketinggalan

Ekonomi berkembang pesat, gaji pekerja masih ketinggalan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • UMNO, PAS perlu ‘bersatu’ semula – Ku Li
  • Analisis DNA 5 mangsa nahas helikopter dijangka selesai esok
  • Studio TikTok Shop Live perkukuh pemasaran digital usahawan Terengganu

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil