Wednesday, 16 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

TH tegaskan pelunasan zakat pendeposit sah, patuh syariah

Zailani by Zailani
4 Aug 2026
in Ekonomi Islam
0
TH tegaskan pelunasan zakat pendeposit sah, patuh syariah
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 4 OGOS ( Berita Harian) – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan status pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah sah dan dilaksanakan dengan sempurna.

TH dalam kenyataan berkata Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) TH dalam mesyuaratnya pada 2 September 2020 lalu berpandangan status pembayaran zakat bagi pendeposit pada tahun sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada 2019 adalah sah dan mematuhi hukum syarak.

Related posts

Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga

Teruskan legasi kedai makan warisan keluarga

13 Sep 2026
Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

Dari seekor ayam sehari, Zawiah kini bergelar pembayar zakat

9 Sep 2026

“Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 3 Mei 1979 menetapkan bahawa TH adalah institusi yang tidak wajib zakat ke atasnya tetapi TH wajib membayar zakat bagi pihak pendeposit.

“Oleh itu, TH secara konsisten menunaikan kewajipan membayar zakat bagi pihak pendeposit selaras dengan ketetapan ini,” katanya.

Berhubung pembayaran zakat bagi tahun-tahun semasa kontrak Wadiah Yad Damanah digunakan (2016-2019), TH berkata zakat yang dikeluarkan itu adalah zakat perniagaan (secara khultah) bagi pihak pendeposit ke atas kumpulan wang pendeposit yang diniagakan.

Katanya, ia adalah berasaskan kepada pertimbangan iaitu yang pertama TH tidak diwajibkan zakat keatasnya; kedua, TH tidak mempunyai pemegang saham; dan ketiga, keseluruhan aset yang diniagakan TH adalah dijana sepenuhnya daripada dana pendeposit.

“Oleh yang demikian, semua zakat yang dibayar oleh TH pada setiap masa adalah bagi pihak pendeposit.

“Pendeposit tidak lagi perlu mengeluarkan zakat ke atas dana deposit yang sama selepas TH melunaskan zakat bagi pihak mereka kerana ianya akan mengakibatkan pertindihan zakat ke atas harta yang sama, yang tidak selaras dengan prinsip Syariah,” katanya.

Merujuk kepada syor Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) TH supaya perkara berkaitan amalan zakat TH dibawa kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), TH menegaskan bahawa amalan zakat TH dibentangkan dan diperakui oleh Jawatankuasa Muzakarah tersebut pada Jun 2024.

“Pandangan Jawatankuasa Muzakarah itu seterusnya disembah maklum kepada Mesyuarat Majlis Raja Raja yang ke-267 pada Oktober 2024.

“TH ingin memaklumkan bahawa keseluruhan operasi dan tadbir urus zakat TH adalah berpandukan Garis Panduan Zakat yang telah diluluskan dan dipantau oleh JPS TH yang dianggotai oleh pakar-pakar Syariah dan kewangan Islam,” katanya.

Previous Post

FedEx perkukuh hubungan Malaysia-Australia melalui khidmat kargo tanpa henti baharu

Next Post

RXZ Members 8.0: 11 maut, 46 nahas motosikal direkodkan

Next Post
RXZ Members 8.0: 11 maut, 46 nahas motosikal direkodkan

RXZ Members 8.0: 11 maut, 46 nahas motosikal direkodkan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Muhyiddin lepas bebas 1 kes rasuah, 3 AMLA babit Jana Wibawa RM200 juta
  • Malaysia tangani isu birokrasi babit pelajar Maldives, perkukuh kerjasama bidang kesihatan – PM
  • Dua syarikat Bumiputera catat pencapaian besar di Bursa Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil