Wednesday, 16 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

RXZ Members 8.0: 11 maut, 46 nahas motosikal direkodkan

Zailani by Zailani
4 Aug 2026
in Semasa
0
RXZ Members 8.0: 11 maut, 46 nahas motosikal direkodkan
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 4 OGOS ( Berita Harian) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 46 kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal sepanjang empat hari penganjuran Program RXZ Members 8.0 termasuk 11 kemalangan maut.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, berkata statistik itu direkodkan dalam tempoh 30 Julai hingga 2 Ogos lalu.

Related posts

Muhyiddin lepas bebas 1 kes rasuah, 3 AMLA babit Jana Wibawa RM200 juta

Muhyiddin lepas bebas 1 kes rasuah, 3 AMLA babit Jana Wibawa RM200 juta

15 Sep 2026
Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat

Guru maut pikap rempuh tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat

14 Sep 2026

Beliau berkata, daripada keseluruhan kes, 11 atau 23.91 peratus membabitkan kemalangan maut, lima kes (10.87 peratus) kemalangan parah dan 30 kes (65.22 peratus) kemalangan ringan.

“Mengikut pecahan harian, empat kes direkodkan pada 30 Julai, diikuti 16 kes pada 31 Julai, 11 kes pada 1 Ogos dan 15 kes pada 2 Ogos.

“Analisis profil umur menunjukkan golongan berusia 21 hingga 30 tahun mencatat penglibatan tertinggi iaitu 19 orang atau 41.30 peratus, diikuti kumpulan umur 18 hingga 20 tahun (10 orang), 41 hingga 50 tahun (sembilan orang) dan 31 hingga 40 tahun (lapan orang),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata, majoriti mangsa adalah lelaki membabitkan 44 orang atau 95.65 peratus, manakala dua lagi adalah wanita.

Beliau berkata kemalangan langgar belakang merekodkan jumlah tertinggi dengan 21 kes, diikuti terbabas sendiri (15 kes), langgar sebelah tepi (tujuh kes) dan bergesel (tiga kes).

Beliau berkata, semua 11 kes kemalangan maut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala lima kes kemalangan parah disiasat mengikut Seksyen 43(1) akta sama, sementara kemalangan ringan disiasat mengikut peruntukan kaedah-kaedah lalu lintas yang berkaitan.

Katanya, JSPT memandang serius peningkatan kemalangan maut dan parah, khususnya membabitkan penunggang motosikal muda. Antara punca dikenal pasti ialah kecuaian, gagal mengawal motosikal, mengekori kenderaan terlalu rapat dan menunggang secara tidak selamat sehingga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, beliau menyarankan penganjur program bermotosikal menyediakan pelan pergerakan yang tersusun, memberi taklimat keselamatan serta bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Pada masa sama, JSPT akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalu lintas yang membahayakan pengguna jalan raya.

“Jangan jadikan keseronokan dan keterujaan menyertai sesuatu program sebagai alasan untuk mengabaikan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Previous Post

TH tegaskan pelunasan zakat pendeposit sah, patuh syariah

Next Post

Buka kafe untuk terapi isteri lawan penyakit kanser

Next Post
Buka kafe untuk terapi isteri lawan penyakit kanser

Buka kafe untuk terapi isteri lawan penyakit kanser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Muhyiddin lepas bebas 1 kes rasuah, 3 AMLA babit Jana Wibawa RM200 juta
  • Malaysia tangani isu birokrasi babit pelajar Maldives, perkukuh kerjasama bidang kesihatan – PM
  • Dua syarikat Bumiputera catat pencapaian besar di Bursa Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil