Friday, 31 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

Daripada untung RM20 sehari, Muiz Hot Chicken kini raih jualan RM45 juta

Zailani by Zailani
31 Jul 2026
in SME Bisnes
0
Daripada untung RM20 sehari, Muiz Hot Chicken kini raih jualan RM45 juta
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: Bermula daripada kiosk tepi jalan dengan meraih untung RM20 sehari pada hari pertama berniaga, detik sukar itu menjadi pemangkin kejayaan pengasas Muiz Hot Chicken untuk membangunkan perniagaan yang kini memiliki lebih 180 kiosk dan lima cawangan restoran dengan jumlah jualan mencecah sekitar RM45 juta pada 2025.

Muhamad Muizzuddin Remle, 33, berasal daripada Parit Raja berkata tekadnya tidak terhenti di situ apabila turut menyasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan membuka cawangan di Brunei dan Singapura pada masa depan.

Related posts

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

Bank Islam syor dana perkongsian risiko perkasa usahawan iTEKAD

30 Jul 2026
Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

29 Jul 2026

Beliau berkata, perancangan itu dirangka bagi memastikan perniagaannya yang bermula sejak 2013 terus kukuh, tahun lalu sahaja, kira-kira 1.143 juta ketul ayam telah terjual di seluruh negara.

“Langkah pertama dalam perancangan adalah dengan masuk ke acara seperti festival makanan di kedua-dua negara itu (Brunei dan Singapura) pada tahun ini terlebih dahulu, untuk melihat bagaimana pasaran dan sambutan terhadap Muiz Hot Chicken,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Muiz Hot Chicken, Pagoh Jaya, di sini.

Muhamad Muizzuddin turut merancang untuk membuka cawangan restoran keenam yang juga pertama memiliki kemudahan pandu lalu di Sungai Merab, Bangi, terdapat lebih 10 set menu seperti ayam goreng, Nasi Lemak, burger dan bubur turut disajikan kepada pelanggan di Muiz Hot Chicken.

Perjalanan perniagaannya bermula dengan menimba pengalaman bekerja di warung milik ibu saudaranya sebagai pembancuh air, sebelum diberi kepercayaan menguruskan bahagian jualan ayam goreng.

Berbekalkan impian dan minat mendalam, ketika itu berusia 20 tahun, memberanikan diri membuka kiosk sendiri secara kecil-kecilan dikenali sebagai ‘Ayam Goreng Rangup’ di Jalan Temenggong Ahmad, Parit Raja dengan menggunakan ramuan ibu saudaranya, seterusnya menghasilkan resepi tersendiri setahun kemudian dan menjenamakannya kepada Muiz Hot Chicken.

Menyifatkan dirinya sebagai orang yang sangat teliti dalam soal rasa, beliau menjelaskan bahawa bahan-bahan termasuk rempah berkualiti digunakan dalam ramuan bagi menghasilkan ayam yang enak, merupakan antara faktor Muiz Hot Chicken menjadi antara pilihan ramai.

“Saya ambil masa lapan bulan untuk hasilkan resepi ikut cita rasa sendiri, sebab saya agak cerewet sikit pasal makanan. Jadi mungkin perkara pertama menjadi faktor pelanggan saya berulang beli (ayam goreng Muiz), sebab salah satunya kita guna bahan berkualiti,” katanya yang turut mementingkan maklum balas dan pendapat pelangganya.

Muhamad Muizzuddin berkata, sebahagian besar perniagaannya dibangun dengan menggunakan duit sendiri dan bantuan pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional serta Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Berkongsi onak dan duri sepanjang berkecimpung dalam dunia perniagaan, Muhamad Muizzuddin berkata cabaran dan dugaan mengujinya pada hari pertama pembukaan kiosk apabila memperoleh untung hanya sekitar RM20, membuatkannya putus asa.

Bagaimanapun, ketika semangatnya berada di paras terendah, teguran membangun yang sentiasa dilontarkan bapanya agar beliau bangkit dan berusaha bersungguh-sungguh mungkin menjadi cabaran terbesar mencetuskan iltizam serta tekad dalam dirinya.

Bapa kepada dua anak itu turut diuji dengan kemalangan di Kuantan, Pahang tiga tahun lalu, selepas enam jam mengambil kereta idamannya yang baharu dibeli atas usaha dan penat lelah berniaga.

“Kereta hampir ‘total lost’. Syukur Alhamdulillah, saya dan isteri tidak cedera. Walaupun sebenarnya saya rasa sedih dan hilang semangat sebab penat lelah kumpul duit (beli kereta), tetapi dari situ saya belajar sebenarnya tuhan mahu jentik hati supaya saya reda (tawakal),” katanya.

Beliau berkata, ujian itu menjadi pembakar semangat dan kunci rezeki apabila perniagaannya berkembang maju, selain menerima pengiktirafan daripada MARA iaitu Anugerah Ikon Usahawan Industri Makanan dan Minuman serta anugerah Youth Entrepreneur Excellent Award daripada Halal Development Corporation Bhd (HDC).

Sehubungan itu, beliau menasihati usahawan muda supaya sentiasa memiliki kesabaran tinggi dan minat mendalam sebelum mengambil keputusan menceburi sebarang bidang perniagaan.

Previous Post

PRN NS: ‘Marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat’ – Anwar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Daripada untung RM20 sehari, Muiz Hot Chicken kini raih jualan RM45 juta
  • PRN NS: ‘Marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat’ – Anwar
  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil