Friday, 31 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

PRN NS: ‘Marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat’ – Anwar

Zailani by Zailani
31 Jul 2026
in Semasa
0
Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 31 JULAI ( Berita Harian) – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, meminta pengundi Negeri Sembilan mengetepikan perbezaan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan bersama mengekalkan kestabilan serta kesinambungan pentadbiran negeri.

Dalam hantaran video melalui Facebook, hari ini, Perdana Menteri menjelaskan bahawa tempoh berkempen menyaksikan pelbagai pandangan dikemukakan dan mengakui kemungkinan berlaku keterlanjuran dalam kalangan pihak yang bertanding.

Related posts

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

30 Jul 2026
Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX

Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

29 Jul 2026

“PRN Negeri Sembilan bermula dan kita sudah melalui tempoh kempen dengan pelbagai pandangan dikemukakan.

“Saya percaya dalam proses itu ada keterlanjuran, jadi marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat kerana kita semua adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR turut mengajak seluruh rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira kaum dan agama untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, esok.

Sekiranya diberikan mandat sekali lagi, beliau berkata, PH akan meneruskan khidmat demi menjamin kestabilan serta memacu pertumbuhan ekonomi yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri itu.

“Saya mewakili PH memohon pertimbangan rakyat supaya diberikan peluang untuk kami meneruskan khidmat, menjamin kestabilan dan memacu pertumbuhan yang akan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan MADANI,” katanya.

Seramai 859,750 daripada 889,940 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian PRN Negeri Sembilan ke-16, esok.

Previous Post

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

Next Post

Daripada untung RM20 sehari, Muiz Hot Chicken kini raih jualan RM45 juta

Next Post
Daripada untung RM20 sehari, Muiz Hot Chicken kini raih jualan RM45 juta

Daripada untung RM20 sehari, Muiz Hot Chicken kini raih jualan RM45 juta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Daripada untung RM20 sehari, Muiz Hot Chicken kini raih jualan RM45 juta
  • PRN NS: ‘Marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat’ – Anwar
  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil