Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Lima perusahaan Semenanjung menang Anugerah Shell LiveWire Malaysia 2026

Zailani by Zailani
19 Jul 2026
in Ekonomi Islam, Semasa
0
Lima perusahaan Semenanjung menang Anugerah Shell LiveWire Malaysia 2026
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 19 JULAI ( Berita Harian) – Shell Malaysia mengiktiraf lima perusahaan sebagai pemenang Shell LiveWire Malaysia 2026 bagi Semenanjung Malaysia, sekali gus menerima dana permulaan RM10,000 setiap satu serta bimbingan perniagaan selama setahun bagi mempercepatkan pertumbuhan syarikat.

Lima perusahaan terbabit iaitu Bina BioX Sdn Bhd, My Farm AGRO, Teman My Ventures PLT, Aspire Youth PLT dan ProLadang International Sdn Bhd dipilih selepas menewaskan lebih 60 peserta menerusi program ‘bootcamp’ dan pertandingan pembentangan pelan perniagaan.

Related posts

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

Anwar rayu tentera, polis terus beri kepercayaan kepada calon PH

26 Jul 2026
‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

‘Besar kemungkinan pada hujung tahun’ – Tok Mat jangka PRU16 diadakan lebih awal

25 Jul 2026

Selain dana permulaan, semua pemenang turut mendapat akses kepada rangkaian global Shell LiveWire dan berpeluang mewakili Malaysia ke Shell Global Top Ten Innovators Awards.

Ketua Operasi Perniagaan Shell Kuala Lumpur, Syed Hussain Taha, berkata program LiveWire bukan sekadar menyokong pembangunan perusahaan, malah membantu usahawan mencipta peluang pekerjaan, merangsang pertumbuhan ekonomi serta membina perniagaan yang berdaya tahan.

“Dalam persekitaran perniagaan yang semakin kompetitif, usahawan perlu terus belajar, menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan membina kepercayaan pelanggan bagi memastikan perniagaan kekal mampan.

“Semangat serta kreativiti usahawan dalam mengubah cabaran tempatan kepada peluang perniagaan menjadi kekuatan utama program ini,” katanya.

Bina BioX Sdn Bhd membangunkan penyelesaian pembungkusan berasaskan sisa pertanian bagi membantu pengeksport memenuhi keperluan pasaran global.

My Farm AGRO pula memanfaatkan teknologi pertanian pintar untuk meningkatkan produktiviti sektor agro di samping menggalakkan penyertaan golongan belia dalam industri itu.

Teman My Ventures PLT menawarkan perkhidmatan penjagaan dan sokongan kepada warga emas menerusi rangkaian penjaga terlatih.

Aspire Youth PLT melalui platform AfterSekolah menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu belia meneroka laluan kerjaya, peluang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), peningkatan kemahiran serta hubungan dengan majikan.

Sementara itu, ProLadang International membangunkan penyelesaian agritech yang menggabungkan imejan satelit dan AI untuk mengesan perosak, penyakit, kekurangan nutrien serta tekanan tanaman di sawah padi, sekali gus membantu petani membuat keputusan pengurusan ladang dengan lebih pantas dan berasaskan data.

Shell LiveWire ialah program pembangunan perusahaan global Shell yang bertujuan memupuk keusahawanan dan menyokong pertumbuhan perusahaan berpotensi tinggi.

Program itu diperkenalkan di Sabah pada 2015 sebelum diperluaskan ke Sarawak pada 2016 dan Semenanjung Malaysia pada 2022 bagi menggalakkan usahawan membangunkan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan sosioekonomi semasa.

Previous Post

Melon Manis Machang cetus fenomena agropelancongan, angkat identiti baharu jajahan

Next Post

Agrobank perluas manfaat Agro Penjaja-i kepada peniaga kecil di seluruh negara

Next Post
Agrobank perluas manfaat Agro Penjaja-i kepada peniaga kecil di seluruh negara

Agrobank perluas manfaat Agro Penjaja-i kepada peniaga kecil di seluruh negara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil