Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Agrobank perluas manfaat Agro Penjaja-i kepada peniaga kecil di seluruh negara

Zailani by Zailani
19 Jul 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Agrobank perluas manfaat Agro Penjaja-i kepada peniaga kecil di seluruh negara
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR,19 JULAI (Berita Harian) – Agrobank memeterai kerjasama strategik dengan Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) bagi memperluaskan manfaat inisiatif Agro Penjaja-i kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

Kerjasama itu dijangka memperkukuh akses kepada pembiayaan, meningkatkan literasi kewangan serta memperluaskan penggunaan kemudahan digital dalam kalangan penjaja dan usahawan mikro, sekali gus membantu mereka mengembangkan perniagaan serta menyumbang kepada ekonomi setempat.

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, berkata ramai penjaja dan peniaga kecil memiliki perniagaan yang berdaya maju, namun masih berdepan kekangan dari segi modal, pengurusan kewangan dan penggunaan kemudahan digital.

Beliau berkata, kerjasama strategik itu menjadi langkah penting kepada Agrobank dan GPPPKMM untuk berganding bahu memperkukuh sokongan kepada golongan berkenaan melalui akses kewangan yang lebih inklusif.

“Pembiayaan sahaja tidak mencukupi kerana penjaja dan peniaga kecil turut memerlukan pengetahuan dalam pengurusan kewangan, bimbingan keusahawanan serta kemudahan digital yang praktikal bagi memastikan perniagaan mereka berkembang secara mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi Agro Penjaja-i, peserta berpeluang menikmati pelbagai kemudahan termasuk Skim Pembiayaan Mikro sehingga RM100,000, Kemudahan Kredit Cashline-i sehingga RM5,000 serta pembiayaan Ar-Rahnu sehingga RM300,000 dengan kadar keuntungan istimewa serendah 50 sen sebulan dan Laluan Khas.

Inisiatif itu turut menyediakan latihan percuma secara dalam talian dan fizikal menerusi program Celik Kewangan serta Celik Usahawan, latihan bimbingan dan pemantauan selama tiga bulan, selain khidmat nasihat serta pembiayaan bagi pensijilan halal mengikut garis panduan Syariah.

Bagi menggalakkan pendigitalan urus niaga, Agro Penjaja-i turut menawarkan pakej DuitNow QR SoundBox pada harga serendah RM114, di samping kadar keuntungan istimewa bagi pembukaan akaun Agro Tani Saudagar-i untuk individu dan Agro Perdana Saudagar-i bagi kategori bukan individu.

Sejak dilancarkan pada Mei lalu, Agro Penjaja-i merekodkan deposit AgroSaudagar melebihi RM1 juta menerusi 488 akaun, selain 370 pendaftaran perbankan digital Agrobank dan 311 pengaktifan DuitNow QR Agrobank.

Kemudahan DuitNow QR itu turut mencatatkan 14,248 transaksi bernilai lebih RM200,000, manakala sebanyak 82 unit QR SoundBox telah disalurkan kepada penjaja bagi menyokong penggunaan pembayaran digital. Dalam tempoh sama, sebanyak 70 akaun pembiayaan mikro diluluskan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM2 juta.

Selain kerjasama bersama GPPPKMM, Agrobank turut mempergiat pendekatan turun padang menerusi Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA dengan mengadakan 10 sesi libat urus di pasar tani terpilih di seluruh negara.

Program itu membolehkan peniaga dan pelanggan mendapatkan khidmat nasihat secara langsung mengikut keperluan perniagaan masing-masing.

Melalui sesi libat urus berkenaan, Agrobank menerima 274 permohonan pembiayaan mikro dengan nilai keseluruhan RM10.6 juta, selain menegaskan kerjasama bersama persatuan, agensi dan rakan strategik akan terus diperkukuh bagi memperluaskan manfaat pembiayaan serta pembangunan perniagaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

Previous Post

Lima perusahaan Semenanjung menang Anugerah Shell LiveWire Malaysia 2026

Next Post

Astro jual tanah komersial di Cyberjaya pada harga RM92 juta

Next Post
Astro jual tanah komersial di Cyberjaya pada harga RM92 juta

Astro jual tanah komersial di Cyberjaya pada harga RM92 juta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil