Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Nurulhidayah dinobatkan Wanita Ikon Negeri Selangor 2026/2027

Zailani by Zailani
16 Jul 2026
in Semasa
0
Nurulhidayah dinobatkan Wanita Ikon Negeri Selangor 2026/2027
0
SHARES
17
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM,16 JULAI – Kejayaan dan kecekalan Datin Seri Nurulhidayah Ahmad Zahid membina jenama serta memperkasa pembangunan bakat dalam bidang keusahawanan melayakkan beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Wanita Ikon Negeri Selangor 2026/2027 pada Majlis Hi-Tea Pengumuman dan Apresiasi Wanita Ikon Selangor yang berlangsung di LADO By The Lake, di sini, kelmarin

Related posts

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026
Perjalanan terakhir ke saf subuh

Perjalanan terakhir ke saf subuh

28 Jul 2026

Pengiktirafan itu diberikan selepas Nurulhidayah melalui proses penilaian yang ketat bersama calon-calon lain, sekali gus mengiktiraf sumbangan beliau dalam pembangunan usahawan, kepimpinan serta impaknya kepada masyarakat.

Turut menerima pengiktirafan utama ialah Dr. Reynu Rajan yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Wanita Ikon WAJA Negeri Selangor 2026/2027, manakala Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri Selangor 2026/2027 dimenangi Nur Hazreen Mohd Ramzi.

Majlis anjuran Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) Selangor itu disempurnakan oleh Datin Seri Masdiana Mohamad menerusi gimik perasmian yang turut menandakan pelantikan barisan Wanita Ikon Selangor sebagai duta inspirasi serta kepimpinan wanita negeri.

Penganjuran edisi tahun ini menyaksikan format pemilihan yang lebih eksklusif dan kompetitif apabila seramai 19 calon akhir daripada pelbagai latar belakang profesional, keusahawanan, pembangunan komuniti dan kepimpinan melalui proses saringan sebelum dipilih ke peringkat akhir.

Sebagai pengiktirafan awal terhadap kecemerlangan peserta, KWIM Selangor turut memperkenalkan Anugerah Bintang Selangor yang mengiktiraf lima tokoh wanita cemerlang mengikut bidang kepakaran masing-masing.

Nurulhidayah terlebih dahulu menerima Anugerah Bintang Pembangunan Bakat, manakala Dr. Nurhidayah Roslan menerima Anugerah Bintang Inovasi, Nadira Mohd Yusoff (Bintang Impak Sosial), Zuria Abdullah (Bintang Perdagangan Global) dan Norfazlina Mohd Faozi (Bintang Pembangunan Jenama).

Bagi kategori Anugerah Bintang Harapan, penerimanya ialah Umirah Mohd Taib (Bintang Harapan Pemerkasaan Keluarga), Tengku Norhanim Tengku Othman (Bintang Harapan Penjenamaan Global) dan Nur Hazreen Mohd Ramzi (Bintang Harapan Pembangunan Industri).

Kesemua penerima kemudiannya mara ke sesi penilaian akhir menerusi temu bual secara langsung di hadapan panel juri yang menilai aspek kepimpinan, pemikiran strategik, komunikasi, visi, impak kepada masyarakat serta potensi sebagai ikon wanita negeri.

Panel penilai terdiri daripada Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed; Ketua Unit Pemasaran dan Pembangunan Usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Noorhazreen Ab Ghani; serta personaliti televisyen, Hazel Desmond.

Sementara itu, Pengerusi KWIM Selangor, Norzawani Mohamed Zakaria berkata, format baharu itu diperkenalkan bukan sekadar untuk memilih pemenang, sebaliknya bagi mewujudkan platform pembangunan kepimpinan wanita yang lebih berprestij, telus dan berimpak.

“Mereka yang dipilih bukan sekadar penerima anugerah, malah bakal menjadi wajah dan suara wanita Selangor,” katanya.

Previous Post

ST Rosyam Mart buka cawangan pertama di Johor pada September

Next Post

UOB Malaysia dinobat bank terbaik di Malaysia tahun kedua berturut-turut oleh FinanceAsia

Next Post

UOB Malaysia dinobat bank terbaik di Malaysia tahun kedua berturut-turut oleh FinanceAsia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil