Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

UOB Malaysia dinobat bank terbaik di Malaysia tahun kedua berturut-turut oleh FinanceAsia

Zailani by Zailani
17 Jul 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 17 JULAI ( Berita Harian) – UOB Malaysia dinamakan sebagai Bank Terbaik dan Bank Mampan Terbaik di Malaysia bagi kategori Antarabangsa pada Anugerah FinanceAsia Tahunan Ke-30 2026 – Asia Tenggara.

Dengan memenangi kedua-dua anugerah untuk tahun kedua berturut-turut, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen UOB Malaysia dalam memacu sumbangan yang bermakna kepada pembangunan ekonomi Malaysia, peralihan kemampanan dan integrasi serantau.

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

Anugerah FinanceAsia memberi pengiktirafan kepada institusi kewangan terkemuka yang menunjukkan kecemerlangan, inovasi dan pelaksanaan kukuh dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan serta menyokong pembangunan pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei, berkata: “Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan Bank Terbaik dan Bank Mampan Terbaik di Malaysia daripada FinanceAsia untuk tahun kedua berturut-turut.

“Pengiktirafan ini menunjukkan kepercayaan pelanggan dan rakan kongsi terhadap kami, dan juga dedikasi warga kerja kami dalam menyampaikan nilai kepada perniagaan dan komuniti di mana kami menyediakan perkhidmatan.

“Melalui kerjasama bermatlamat, pembiayaan mampan dan rangkaian luas kami di ASEAN, kami kekal komited untuk membantu pelanggan merebut peluang pertumbuhan, memajukan aspirasi kemampanan mereka, dan mengharungi landskap ekonomi yang semakin dinamik dengan penuh keyakinan.”

UOB Malaysia terus memperkukuh ketersambungan ekonomi melalui kerjasama strategik merentasi koridor pertumbuhan utama dan hab perniagaan, sambil menghubungkan peluang pelaburan langsung asing kepada perusahaan kecil sederhana (PKS) tempatan.

Ini termasuk kerjasama dengan Invest Johor bagi menyokong pelaburan ke dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Invest Selangor dan agensi kerajaan negeri di Sarawak untuk menambah peluang pelaburan dan pembangunan ekonomi merentasi koridor ekonomi masing-masing.

Selaras dengan komitmennya terhadap pembangunan negara dan pertumbuhan mampan, UOB Malaysia memainkan peranan aktif dalam memajukan JS-SEZ dan telah memudah cara pelaburan langsung asing melebihi RM18 bilion sejak 2024, di samping menyokong inisiatif infrastruktur air yang kritikal bagi meningkatkan keselamatan air jangka panjang di Pulau Pinang.

UOB Malaysia turut memperluas kesalinghubungan perniagaan serantau melalui kerjasama dengan dewan perniagaan dan persatuan perkilangan di Malaysia dan Singapura.

Kerjasama ini membolehkan UOB Malaysia menghubungkan syarikat multinasional dengan perniagaan tempatan, memperkukuh rantaian bekalan dan perdagangan rentas sempadan, serta memberi akses kepada peluang pertumbuhan baharu di seluruh rantau ini.

UOB Malaysia turut diiktiraf atas kepimpinannya dalam memajukan kemampanan dan menyokong peralihan Malaysia kepada ekonomi rendah karbon.

Melalui kerjasama dengan Bursa Malaysia dalam Penyelesaian Perisikan Kelestarian Berpusat (CSI) dan sebagai pengerusi bersama Kumpulan Fokus PKS di bawah Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) bersama Bank Negara Malaysia (BNM), ia menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membina daya tahan, memperkukuh keupayaan kemampanan serta memajukan peralihan mereka kepada ekonomi yang lebih rendah karbon.

Previous Post

Nurulhidayah dinobatkan Wanita Ikon Negeri Selangor 2026/2027

Next Post

Uber ambil alih Delivery Hero termasuk FoodPanda

Next Post
Uber ambil alih Delivery Hero termasuk FoodPanda

Uber ambil alih Delivery Hero termasuk FoodPanda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil