Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Chef Zam himpunkan 50 resipi warisan Terengganu, pelihara identiti budaya

Zailani by Zailani
4 Jul 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Chef Zam himpunkan 50 resipi warisan Terengganu, pelihara identiti budaya
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU, 4 JULAI – Cef selebriti, Prof Datuk Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam, mengambil inisiatif menghimpunkan 50 resipi tradisional Terengganu menerusi buku Sedap Do’oh! Menjejaki Resipi Warisan Terengganu bagi memastikan khazanah kulinari negeri itu terus terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman.

Chef Zam berkata, usaha mendokumentasikan resipi warisan itu mengambil masa hampir tiga tahun dan bertujuan menjadi rujukan kepada generasi akan datang, selain memelihara identiti budaya masyarakat Terengganu.

Related posts

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

29 Jul 2026
United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

29 Jul 2026

Katanya, antara makanan tradisional yang semakin sukar ditemui ialah pelara, iaitu hidangan berasaskan ikan dan kelapa parut yang dimakan bersama nasi, kerana semakin kurang individu yang mahir menyediakannya.

“Ramai orang muda sekarang tidak kenal pelara. Yang masih membuatnya pun kebanyakannya orang tua,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku tersebut yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau turut memaklumkan bahawa kuih ba’it, yang suatu ketika dahulu mudah didapati di pasar-pasar kampung, kini semakin sukar ditemui berikutan proses penyediaannya yang rumit dan memerlukan masa yang panjang.

Menurutnya, setiap resipi tradisional bukan sekadar hidangan, malah mencerminkan sejarah, budaya serta identiti masyarakat Terengganu yang perlu dipelihara sebagai warisan negara.

Selain kuih ba’it dan pelara, buku setebal 108 halaman itu turut menghimpunkan pelbagai resipi tradisional lain termasuk kuih urat jati, sagupal, qasidah dan keropok tumis yang pernah menjadi hidangan popular dalam kalangan masyarakat negeri berkenaan.

Chef Zam berharap lebih banyak pihak tampil mendokumentasikan resipi tradisional dari seluruh negara bagi memastikan khazanah kulinari tempatan terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Previous Post

Aeronas pacu Malaysia sebagai pengeluar pesawat

Next Post

Mesiniaga peroleh kontrak RM39.99 juta daripada Pharmaniaga Logistics

Next Post
Mesiniaga peroleh kontrak RM39.99 juta daripada Pharmaniaga Logistics

Mesiniaga peroleh kontrak RM39.99 juta daripada Pharmaniaga Logistics

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia
  • Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan
  • United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil