Thursday, 30 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Aeronas pacu Malaysia sebagai pengeluar pesawat

Zailani by Zailani
3 Jul 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
Aeronas pacu Malaysia sebagai pengeluar pesawat
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU, 3 JULAI (Berita Harian)– Malaysia melakar sejarah baharu dalam industri aeroangkasa apabila syarikat Bumiputera, Aeronas Aerocraft Sdn Bhd (Aeronas), berjaya membangunkan, mereka bentuk dan menghasilkan pesawat jenama tempatan yang kini memasuki pasaran antarabangsa.

Related posts

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan

29 Jul 2026
United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

29 Jul 2026

Pengarah Urusan merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Aeronas, Raja Shazreen Petra Raja Azman Shah Petra berkata pencapaian itu membuktikan Malaysia bukan lagi sekadar hab penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) serta pengeluar komponen aeroangkasa, malah kini berupaya menghasilkan pesawat lengkap untuk pasaran global.

Beliau berkata kejayaan itu direalisasikan menerusi pengambilalihan strategik program pesawat daripada MAEL Aircraft Corporation yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), sekali gus membolehkan pemilikan teknologi dan hak pembangunan pesawat dibawa pulang ke Malaysia untuk tujuan pembangunan, pengeluaran dan pengkomersialan.

“Jika pesawat dibangunkan dari peringkat awal, prosesnya boleh mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun dengan kos mencecah ratusan juta dolar. Melalui pengambilalihan program yang telah diperakui, Malaysia dapat mempercepatkan pembangunan industri serta memberi tumpuan kepada pengeluaran dan pewujudan pekerjaan berkemahiran tinggi,” katanya.

Raja Shazreen berkata program pesawat Aeronas dibangunkan berasaskan platform yang memiliki Pensijilan Type Certificate Part 23 daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat, yang diiktiraf sebagai antara piawaian keselamatan dan pensijilan tertinggi bagi pesawat ringan.

Beliau berkata Aeronas kini mengendalikan kemudahan pembuatan di Senai dan Iskandar Puteri, Johor, dengan sebuah lagi fasiliti baharu dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun ini.

Menurutnya, kemudahan sedia ada mampu menghasilkan sehingga 30 pesawat setahun, manakala kapasiti itu dijangka meningkat kepada 60 pesawat setahun bagi setiap barisan pengeluaran apabila kemudahan pembuatan penuh siap kelak.

Selain itu, beliau berkata kadar pembuatan tempatan yang kini berada pada 78 peratus dijangka meningkat kepada 100 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, dengan penggunaan sepenuhnya bahan mentah dan rantaian bekalan tempatan.

“Apabila pengeluaran penuh bermula, kami menjangkakan kira-kira 450 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dapat diwujudkan sekali gus menyokong aspirasi negara untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja berpendapatan premium,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Aeronas telah menerima tempahan sebanyak 50 unit pesawat ringan model MYPX5 MARK I dan MYPX5 MARK II bernilai AS$85 juta (RM357 juta).

Penghantaran pertama melibatkan 15 pesawat dijadualkan bermula secara berperingkat pada suku pertama dan kedua 2027 bagi menyokong operasi sekolah penerbangan serta pajakan pesawat Konsortium Wholechoice di rantau Asia.

Mengulas penerimaan pasaran antarabangsa, Raja Shazreen berkata pembeli pesawat lebih memberi keutamaan kepada pensijilan keselamatan dan kualiti berbanding negara pengeluar.

Menurut beliau, pensijilan FAA yang dimiliki Aeronas serta reputasi Malaysia sebagai hab OEM dan MRO bertaraf dunia menjadi faktor utama yang meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap pesawat keluaran syarikat itu.

Beliau berkata pesawat Aeronas turut mempunyai potensi digunakan bagi pelbagai tujuan termasuk penerbangan komersial, latihan, kargo dan sukan udara, sekali gus memperluaskan peluang pasaran di peringkat serantau dan global.

Previous Post

Dua beradik bangkit selepas tragedi, perniagaan cendol jadi sumber rezeki keluarga

Next Post

Chef Zam himpunkan 50 resipi warisan Terengganu, pelihara identiti budaya

Next Post
Chef Zam himpunkan 50 resipi warisan Terengganu, pelihara identiti budaya

Chef Zam himpunkan 50 resipi warisan Terengganu, pelihara identiti budaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia
  • Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan
  • United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil