Wednesday, 29 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

AirAsia MOVE perluas rangkaian global dengan empat syarikat penerbangan baharu

Zailani by Zailani
29 Jun 2026
in Semasa
0
AirAsia MOVE perluas rangkaian global dengan empat syarikat penerbangan baharu
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 29 JUN ( Bernama) – Aplikasi tempahan perjalanan AirAsia MOVE memperluas rangkaian globalnya pada suku kedua 2026 menerusi kerjasama langsung dengan empat syarikat penerbangan baharu iaitu Oman Air, Uzbekistan Airways, FitsAir dan Hainan Airlines.

Dalam satu kenyataan, MOVE memaklumkan penambahan itu memperkukuh pilihan perjalanan merangkumi Asia Barat, Asia Tengah, Asia Selatan dan China, selain menawarkan lebih banyak pilihan serta akses lebih lancar ke destinasi baharu yang sedang berkembang.

Related posts

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026
Perjalanan terakhir ke saf subuh

Perjalanan terakhir ke saf subuh

28 Jul 2026

Menurutnya, perkembangan berkenaan turut mencerminkan keyakinan syarikat penerbangan terhadap MOVE sebagai saluran pengedaran pilihan untuk menembusi pasaran pengembara yang berkembang pesat di rantau ini, seiring usaha platform itu memperluas inventori penerbangannya melibatkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan tambang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nadia Omer, berkata kepercayaan yang diberikan oleh syarikat penerbangan utama seperti Oman Air, Uzbekistan Airways, FitsAir dan Hainan Airlines, khususnya dalam persekitaran ekonomi global yang masih mencabar dan tidak menentu, membuktikan kekuatan komersial ekosistem MOVE serta keupayaannya menjangkau pasaran serantau bagi rakan strategiknya.

“Kepercayaan yang diberikan oleh syarikat-syarikat penerbangan ini merupakan bukti kukuh terhadap nilai komersial ekosistem AirAsia MOVE dan capaian serantau yang kami sediakan kepada rakan strategik kami,” katanya.

Oman Air, Uzbekistan Airways, FitsAir dan Hainan Airlines kini menyertai 75 lagi syarikat penerbangan antarabangsa yang telah menjalin kerjasama secara langsung dengan AirAsia MOVE.

Previous Post

RT Pastry cadang perluas rangkaian ke Pantai Timur mulai tahun hadapan

Next Post

Harga minyak sawit dijangka kukuh antara RM4,000 hingga RM4,300 satu tan

Next Post
Harga minyak sawit dijangka kukuh antara RM4,000 hingga RM4,300 satu tan

Harga minyak sawit dijangka kukuh antara RM4,000 hingga RM4,300 satu tan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM
  • Perjalanan terakhir ke saf subuh
  • MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil