Saturday, 1 August 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Mayat kanak-kanak jatuh longkang ditemui 11km dari lokasi

Zailani by Zailani
3 May 2026
in Semasa
0
Mayat  kanak-kanak jatuh longkang ditemui 11km dari lokasi
0
SHARES
12
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG, 3 MEI- : Mayat kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, di sini, kelmarin ditemui di Sungai Langat, hari ini.

Penemuan tersebut dimaklumkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, hari ini.

Related posts

Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX

PRN NS: ‘Marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat’ – Anwar

31 Jul 2026
RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

30 Jul 2026

Mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), kira-kira 11 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh pada jam jam 12.17 tengah hari.

Ibu bapa mangsa juga sudah membuat pengecaman di lokasi.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Izman Adnan, berkata kepada Berita Harian, kawasan pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan ke Sungai Langat.

SAR yang memasuki hari ketiga hari ini membabitkan lima kilometer (km) dari lokasi kejadian di Pangsapuri Sri Hijau hingga Sungai Long yang bersambung dengan Sungai Langat.

Menurutnya, pencarian turut dilakukan dari Sungai Langat sejauh 24km menghala ke penahan air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, menjadikan radius keseluruhan pencarian 29km.

“SAR diluaskan hingga Sungai Langat namun tumpuan utama kita masih di sepanjang kira-kira 5km Sungai Long.

“Petunjuk baharu kita mengenal pasti kawasan melalui maklumat orang awam dan kita menghantar unit K9 (anjing pengesan) dan pasukan ke kawasan itu juga,” katanya.

SAR membabitkan kekuatan seramai 60 anggota daripada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis.

Terdahulu media melaporkan, kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke longkang sebelum dihanyutkan arus di Bandar Mahkota Cheras, kelmarin dikatakan sering bermain di kawasan berlakunya tragedi itu.

Ibu mangsa, Nordina Zulkarnain, 34, dipetik berkata kawasan lapang bersebelahan Kondominium Sri Hijau itu sering menjadi tumpuan kanak-kanak untuk bermain, termasuk anaknya, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum.

Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras itu pada jam 7.08 malam.

Previous Post

Projek Cili IPR-INTAN Jana Pendapatan Peladang B40

Next Post

KPTM diminta tambahbaik aspek keselamatan dan kebajikan pelajar

Next Post
KPTM diminta tambahbaik aspek keselamatan dan kebajikan pelajar

KPTM diminta tambahbaik aspek keselamatan dan kebajikan pelajar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Daripada untung RM20 sehari, Muiz Hot Chicken kini raih jualan RM45 juta
  • PRN NS: ‘Marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat’ – Anwar
  • RCI: Penamatan CEO, Pengerusi Lembaga TH dibuat tanpa sebab munasabah

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil