Friday, 19 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Kuasa AI: Usahawan Sabah catat peningkatan jualan 57 peratus

Zailani by Zailani
19 Jun 2026
in Semasa, SME Bisnes
0
Kuasa AI: Usahawan Sabah catat peningkatan jualan 57 peratus
0
SHARES
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR,19 JUN ( Berita Harian) – Seramai 52 usahawan dari Sabah berjaya merekodkan purata peningkatan hasil bulanan sebanyak 57 peratus melalui pengaplikasian kemahiran pemasaran digital secara dalam talian.

Pencapaian kewangan yang memberangsangkan ini diraih selepas kesemua mereka berjaya menamatkan Program Pemecutan eKelas Usahawan, iaitu sebuah program peningkatan kemahiran digital yang berlangsung selama tiga bulan.

Related posts

KHPT dapat kontrak bekal komponen model kereta baharu PROTON

KHPT dapat kontrak bekal komponen model kereta baharu PROTON

19 Jun 2026
Selangor turunkan kadar sewa premis niaga PBT, umum moratorium sewa dan pinjaman perumahan

Selangor turunkan kadar sewa premis niaga PBT, umum moratorium sewa dan pinjaman perumahan

19 Jun 2026

Kumpulan usahawan yang menyertai program berkenaan terdiri daripada wakil komuniti bandar dan luar bandar di seluruh negeri berkenaan yang menjalankan pelbagai industri termasuk makanan dan minuman, perkhidmatan, serta kraftangan.

Menerusi latihan intensif yang diberikan, peserta mula menggunakan alat berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) untuk merangka strategi kandungan, mereka bentuk bahan promosi, serta mengurus platform media sosial dengan lebih berkesan.

Hasil daripada pendedahan teknologi AI berkenaan, usahawan tempatan kini berjaya beralih daripada sekadar menghasilkan hantaran yang tertumpu kepada produk, kepada penciptaan kandungan pelbagai yang lebih menarik seperti video di sebalik tabir, testimoni pelanggan, serta tip pendidikan.

Maxis dalam satu kenyataan berkata, inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) selaku peneraju utama dalam memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi digital di Sabah.

Program komprehensif berkenaan juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan kerjasama strategik yang lebih luas antara pihak Maxis dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) demi menyokong pembangunan keusahawanan tempatan.

“Adalah amat menggalakkan untuk melihat para peserta memanfaatkan AI bagi mencipta kandungan yang lebih memberi kesan serta menjangkau pelanggan baharu secara dalam talian,” kata Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis, Azizul Abdul Rahman berhubung pencapaian kohort ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SCENIC, Mohd Lan Muslim pula mengesahkan bahawa kemajuan usahawan tempatan ini membuktikan bagaimana penerimagunaan digital mampu memacu pertumbuhan yang bermakna, manakala kerjasama sesama rakan usahawan menggalakkan lagi pembelajaran berterusan.

Membuktikan keberkesanan inisiatif berkenaan, graduan program merangkap pengasas Alternative Crafts, Sylvia Desmond Lee berkongsi bahawa penyertaannya telah mengubah pendekatan perniagaan terhadap pemasaran.

“Kini, saya menggunakan alat berasaskan AI untuk memahami pelanggan dengan lebih baik dan membina kehadiran dalam talian yang lebih kukuh,” kata Sylvia yang turut menghargai penglibatannya dalam jaringan alumni bagi terus memajukan perniagaan bersama-sama.

Sebagai rekod, inisiatif Maxis eKelas Usahawan sememangnya direka khusus untuk memberdayakan usahawan Malaysia terutamanya dari segmen B40, dan perluasan program ke Malaysia Timur ini dibuat susulan daripada kejayaan kohort pertamanya yang menyaksikan 60 usahawan dari Wilayah Tengah menamatkan latihan pada April 2025.

Previous Post

Selangor turunkan kadar sewa premis niaga PBT, umum moratorium sewa dan pinjaman perumahan

Next Post

KHPT dapat kontrak bekal komponen model kereta baharu PROTON

Next Post
KHPT dapat kontrak bekal komponen model kereta baharu PROTON

KHPT dapat kontrak bekal komponen model kereta baharu PROTON

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • KHPT dapat kontrak bekal komponen model kereta baharu PROTON
  • Kuasa AI: Usahawan Sabah catat peningkatan jualan 57 peratus
  • Selangor turunkan kadar sewa premis niaga PBT, umum moratorium sewa dan pinjaman perumahan

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil