Sunday, 13 September 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Geran RM200,000 FAMA bantu pengusaha ladang jadi destinasi agro-pelancongan

Zailani by Zailani
11 Aug 2026
in Semasa
0
Geran RM200,000 FAMA bantu pengusaha ladang jadi destinasi agro-pelancongan
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR,11 OGOS ( Berita Harian) – Pemilik ladang dan dusun berpeluang menerima geran sehingga RM200,000 bagi menaik taraf kawasan pertanian mereka menjadi destinasi agro-pelancongan, sekali gus membuka sumber pendapatan baharu selain hasil pengeluaran pertanian.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Faisal Iswardi Ismail, berkata melalui Geran Agro-Pelancongan, pengusaha yang memenuhi syarat boleh menggunakan bantuan itu bagi menyediakan kemudahan kepada pengunjung.

Related posts

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit

12 Sep 2026
Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri

12 Sep 2026

“Pemohon perlu mengemukakan kertas cadangan mengenai penggunaan geran itu termasuk kemudahan yang mahu dibangunkan seperti chalet, surau, tandas, laluan masuk, kawasan rehat dan aktiviti tarikan termasuk penyediaan kenderaan lasak (ATV).

“Syarat utama ialah kawasan berkenaan perlu mempunyai elemen pelancongan dan mampu menarik kehadiran pengunjung

“Bantuan diberikan dalam bentuk geran dan bukannya pinjaman kepada pengusaha yang berpotensi membangunkan kawasan pertanian mereka sebagai lokasi pelancongan,” katanya kepada BH.

Faisal berkata, sejak program itu diperkenalkan pada 2021 hingga 2025, sebanyak 31 pusat agro-pelancongan di bawah FAMA menerima manfaat dengan nilai keseluruhan geran sebanyak RM4.6 juta.

Katanya, bantuan itu diberikan sekali sahaja kepada setiap penerima selepas melalui proses penilaian dan pemantauan oleh FAMA.

“Pengusaha yang menerima geran ini kebanyakannya sudah mempunyai kawasan pertanian sendiri. Kita membantu menaik taraf supaya kawasan itu lebih menarik dan mempunyai nilai tambah.

“Pemantauan juga dilakukan bagi memastikan objektif geran tercapai dan kemudahan yang dibangunkan benar-benar memberi manfaat kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan agro-pelancongan juga selari dengan usaha membantu pengusaha pertanian mempelbagaikan pendapatan terutama ketika berdepan cabaran pasaran dan lebihan hasil pengeluaran.

Sementara itu, Faisal berkata, FAMA kini lebih memberi tumpuan kepada fungsi intervensi pasaran bagi membantu pengusaha pertanian apabila berlaku lambakan hasil, berbanding menjadi pemain utama dalam urus niaga komersial.

Katanya, menerusi rangkaian pemasaran FAMA membabitkan 42 pusat operasi, outlet peserta, Pasar Tani dan saluran runcit lain, hasil pertanian yang dibeli dapat disalurkan kepada pengguna.

“Apabila berlaku lebihan pengeluaran, kita membantu dari segi pemasaran supaya hasil petani tidak mengalami kerugian besar. Namun, kita perlu memastikan hasil dibeli dapat dijual semula kerana FAMA juga perlu menguruskan operasi secara berdaya maju,” katanya.

Katanya, bagi tahun ini, FAMA menyasarkan pembelian hasil pertanian membabitkan sayur-sayuran, buah-buahan dan ternakan bernilai kira-kira RM60 juta, dengan peningkatan ketara dipengaruhi musim durian.

Katanya, setakat Mei lalu, nilai pembelian hasil pertanian FAMA mencecah kira-kira RM21 juta, dengan sebahagian besar daripadanya membabitkan durian berikutan peningkatan pengeluaran musim ini.

“Musim durian tahun ini agak banyak berbanding tahun lalu, jadi peranan FAMA adalah membantu dari segi pemasaran dan pengedaran,” katanya.

Beliau berkata, bagi kategori buah-buahan dan sayuran sahaja, pembelian FAMA tahun lalu bernilai kira-kira RM26.5 juta, manakala keseluruhan intervensi pelbagai kategori hasil pertanian mencecah sekitar RM40 juta.

Previous Post

Pegawai tentera Thailand mengamuk dalam pesawat dari Malaysia, cuba buka pintu

Next Post

Sharifah Nori – dari impian kecil membina jenama jutaan ringgit

Next Post
Sharifah Nori – dari impian kecil membina jenama jutaan ringgit

Sharifah Nori - dari impian kecil membina jenama jutaan ringgit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    Terengganu tidak sunyi, Haraki Fest 2026 bakal ‘gegar’ Kuala Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • BYD ATTO 3 Performance dilancarkan di Malaysia, terhad 69 unit
  • Anwar, Modi bincang perkukuh kerjasama dalam sektor semikonduktor, perkongsian industri
  • Jenazah Dr Ainul Baraah dijangka tiba di Kelantan pagi esok – Bapa

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Jenayah
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil