Tuesday, 28 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Dana RM50 juta PTPK perkukuh TVET 2.0, buka peluang kepada PMKS, belia – Kesuma

Zailani by Zailani
6 Jun 2026
in Semasa, SME Bisnes
0
Dana RM50 juta PTPK perkukuh TVET 2.0, buka peluang kepada PMKS, belia – Kesuma
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM, 6 JUN (Sinar Harian) – Peruntukan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan TVET 2.0 bakal membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia, pekerja dan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, inisiatif itu bertujuan meningkatkan kemahiran tenaga kerja dalam sektor-sektor ekonomi bernilai tinggi dan membantu negara memenuhi permintaan tenaga kerja mahir yang semakin meningkat, sekali gus memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan serta hab bakat serantau.

Related posts

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS

27 Jul 2026
BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

26 Jul 2026

“Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan memastikan peruntukan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya bagi pelaksanaan program-program berimpak tinggi dalam memperkasa PMKS dan mengarusperdanakan TVET.

“Inisiatif ini juga akan membantu memperkukuh ekosistem pembangunan kemahiran negara bagi memenuhi keperluan tenaga kerja masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju membenarkan penggunaan dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah PTPK bagi memperkukuh pelaksanaan TVET 2.0.

Menurutnya, penggunaan dana itu adalah bersyarat iaitu pihak majikan dan industri perlu bekerjasama erat dengan kerajaan bagi menjayakan agenda TVET 2.0.

Mengulas lanjut, Ramanan menyambut baik penegasan Anwar mengenai peruntukan yang perlu diterjemahkan kepada tindakan berimpak melalui kerjasama erat antara kerajaan, industri dan institusi latihan itu.

“Sinergi ini akan memastikan program TVET sentiasa responsif terhadap perkembangan teknologi baharu, keperluan pelabur dan permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi negara.

“Ia juga mempercepatkan transformasi ekosistem TVET dan memperkukuh agenda pembangunan bakat Malaysia Madani,” ujarnya.

Tambah beliau, inisiatif lain turut diambil menerusi penyelarasan Majlis TVET Negara (MTVET) dan PTPK.

“Menerusi MTVET dan PTPK, Kesuma memberi tumpuan utama terhadap sektor-sektor strategik termasuk elektrik dan elektronik, ekonomi hijau, ekonomi biru dan ekonomi jingga yang dikenal pasti sebagai bidang pertumbuhan baharu dan berpotensi tinggi,” katanya.

Previous Post

EITA Resources menang kontrak pusat data di Johor

Next Post

Bekalan bahan api mencukupi, pencarian dibuat serata dunia – MKN

Next Post
Bekalan bahan api mencukupi, pencarian dibuat serata dunia – MKN

Bekalan bahan api mencukupi, pencarian dibuat serata dunia - MKN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Objek menyerupai bom tangan, nota ‘berhenti operasi’ gemparkan pekerja kilang di Sungai Petani
  • Kerajaan sedia teliti cadangan longgar syarat geran PMKS
  • BIHAS 2026: 6 usahawan ‘Gate to Global’ MARA raih jualan RM8.5 Juta

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil