Saturday, 1 August 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Berkuat kuasa hari ini, penjawat awam boleh bekerja 2 hari dari rumah

Zailani by Zailani
1 Aug 2026
in Semasa
0
Berkuat kuasa hari ini, penjawat awam boleh bekerja 2 hari dari rumah
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 1 OGOS ( Bernama) – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang membolehkan penjawat awam bekerja tiga hari di pejabat dan dua hari bekerja dari rumah (BDR) atau lokasi alternatif, berkuat kuasa hari ini.

Inisiatif itu menyaksikan norma kerja tradisional lima hari seminggu di pejabat kini beralih kepada gabungan kehadiran fizikal dan tugasan di lokasi alternatif, sebagai sebahagian daripada agenda reformasi perkhidmatan awam.

Related posts

Polis hantar pegawai ambil keterangan Sanusi di Kedah

Polis hantar pegawai ambil keterangan Sanusi di Kedah

1 Aug 2026
Penunggang motosikal maut dalam perjalanan ke program RXZ Members 8.0

Penunggang motosikal maut dalam perjalanan ke program RXZ Members 8.0

1 Aug 2026

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan pelaksanaan HBH sebagai langkah kalis masa hadapan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kekal utuh dalam mendepani perubahan global dan evolusi cara kerja moden tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Mengikut Garis Panduan Pelaksanaan HBH, bagi negeri yang mempunyai hari kelepasan mingguan pada Ahad, maka Isnin dan Jumaat ditetapkan sebagai kehadiran wajib ke pejabat.

Bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu pula, hari wajib bertugas di pejabat adalah pada Ahad dan Khamis.

Satu lagi hari kehadiran fizikal akan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing, manakala baki dua hari lagi diperuntukkan untuk BDR mengikut kesesuaian fungsi dan syarat yang ditetapkan.

Kaedah bekerja secara hibrid itu turut diamalkan di beberapa negara maju, termasuk Singapura, Australia, Finland dan Sweden.

Melalui HBH, pegawai yang layak tidak perlu lagi mengemukakan permohonan atau menunggu arahan khas kerana aturan itu kini menjadi sebahagian daripada skim kerja tetap, tertakluk pada kelayakan yang ditentukan oleh Ketua Jabatan.

Ketua jabatan diberi kuasa mutlak untuk menentukan kelayakan pegawai, termasuk mengarahkan mereka hadir ke pejabat pada hari BDR jika diperlukan atas kepentingan perkhidmatan atau menarik balik kelayakan sekiranya syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi.

Bagaimanapun, pelaksanaan dasar ini tidak melibatkan sektor perkhidmatan penting yang memerlukan kehadiran fizikal sepenuhnya seperti petugas kaunter, pasukan keselamatan, pertahanan, penguatkuasaan, pendidikan, kesihatan dan mahkamah.

Bagi menjamin produktiviti, pencapaian output kerja dan kehadiran pegawai akan dipantau melalui sistem SPOT-Me selain pegawai diwajibkan mematuhi peraturan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan sentiasa boleh dihubungi pada bila-bila masa serta bersedia hadir ke pejabat apabila diarahkan.

JPA sebelum ini menegaskan bahawa pelaksanaan HBH berteraskan kepercayaan, integriti dan kebertanggungjawaban pegawai dengan sokongan teknologi digital bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kerajaan kekal pada tahap terbaik.

Previous Post

Penunggang motosikal maut dalam perjalanan ke program RXZ Members 8.0

Next Post

Polis hantar pegawai ambil keterangan Sanusi di Kedah

Next Post
Polis hantar pegawai ambil keterangan Sanusi di Kedah

Polis hantar pegawai ambil keterangan Sanusi di Kedah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Polis hantar pegawai ambil keterangan Sanusi di Kedah
  • Berkuat kuasa hari ini, penjawat awam boleh bekerja 2 hari dari rumah
  • Penunggang motosikal maut dalam perjalanan ke program RXZ Members 8.0

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil