Thursday, 30 July 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Bank Negara kekalkan OPR pada 2.75 peratus

Zailani by Zailani
7 May 2026
in Semasa
0
Bank Negara kekalkan OPR pada 2.75 peratus
0
SHARES
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 7 MEI – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan bagi mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat ketiganya tahun ini.

Paras semasa OPR itu kekal sejak Julai 2025.

Related posts

Kerajaan sedia pekerjaan alternatif tangani isu rakyat hilang kerja -PMX

Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia

29 Jul 2026
Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

Struktur gaji perlu dirombak, bukan sekadar naik gaji minimum – BNM

28 Jul 2026

MPC mengambil maklum ketidakpastian berikutan konflik yang sedang berlaku di Asia Barat dan kesannya terhadap ekonomi global dan ekonomi Malaysia akan bergantung pada perkembangan konflik itu.

Pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Pertumbuhan global kekal berdaya tahan pada suku pertama tahun 2026, disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang mampan dan teknologi global yang terus berkembang.

“Walau bagaimanapun, peningkatan harga tenaga dan komoditi yang mendadak serta gangguan rantaian bekalan daripada konflik Asia Barat mula mempengaruhi momentum pertumbuhan global,” katanya dalam satu kenyataan.

Memetik Berita Harian, MPC berkata, risiko pertumbuhan menjadi perlahan terus tinggi, berpunca daripada ketidakpastian berhubung dengan tempoh dan keseriusan konflik, keadaan kewangan global yang lebih ketat dan kebimbangan tentang penilaian dalam pasaran kewangan.

Menurutnya, potensi pertumbuhan menjadi pesat termasuk konflik yang mereda lantas menyebabkan keadaan rantaian bekalan bertambah baik, perbelanjaan teknologi yang lebih kukuh dan langkah dasar yang menyokong pertumbuhan di negara maju.

“Bagi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan momentum pertumbuhan yang berterusan pada suku pertama, didorong oleh permintaan dalam negeri yang mampan dan pertumbuhan eksport yang kukuh.

“Pada masa hadapan, ketidakpastian berhubung dengan tempoh dan keseriusan konflik Asia Barat akan mempengaruhi prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri,” katanya.

Walau bagaimanapun, MPC berkata, asas Malaysia yang kukuh akan terus menyokong daya tahan ekonomi negara.

Menurutnya, guna tenaga, pertumbuhan upah serta langkah dasar akan kekal menyokong perbelanjaan isi rumah.

Ia berkata, aktiviti pelaburan akan didorong oleh kemajuan projek berbilang tahun yang dilaksanakan dalam sektor swasta dan awam, pelaksanaan projek awam baharu berskala kecil, lebih banyak pelaksanaan berterusan pelaburan yang telah diluluskan, serta pelan induk nasional yang terus dilaksanakan.

Menurut MPC, sektor luaran akan mendapat manfaat daripada eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang terus kukuh manakala perbelanjaan pelancong akan berterusan meskipun pada kadar yang lebih sederhana.

Katanya, prospek pertumbuhan itu kekal tertakluk pada risiko pertumbuhan menjadi perlahan berikutan konflik yang berlarutan di Asia Barat dan pengeluaran komoditi yang lebih rendah.

Previous Post

UDA beri diskaun sewa, moratorium bantu usahawan dan peniaga kecil

Next Post

Bioalpha bangun sistem penanaman misai kucing, tongkat ali

Next Post
Bioalpha bangun sistem penanaman misai kucing, tongkat ali

Bioalpha bangun sistem penanaman misai kucing, tongkat ali

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    Azira De Gallery curi tumpuan pada Malaysia Gifts Fair 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Program Sinergi Usahawan buka peluang kolaborasi dan jaringan perniagaan baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jeruk Pak Ali, dari dapur kecil ke pasaran global

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Datuk Wan Imran dilantik Pengerusi Kehormat AZM Rovers FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Myanmar setuju terima semula 5,000 pelarian Rohingya di Malaysia
  • Karnival Usahawan PMKS Zon Kuala Penyu buka peluang pembiayaan dan akses pasaran kepada usahawan tempatan
  • United Asiapac Energy Berhad catat sejarah, bakal tersenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • POLITIK
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil