Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

VFive Group lancar 2 anak syarikat baharu perluas langkah transformasi strategik

Zailani by Zailani
10 May 2026
in Ekonomi Islam, SME Bisnes
0
VFive Group lancar 2 anak syarikat baharu perluas langkah transformasi strategik
0
SHARES
12
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR,10 MEI (Berita Harian) – VFive Group, syarikat milik penuh Bumiputera terus memperkukuhkan agenda transformasi korporatnya menerusi penubuhan dua anak syarikat baharu, VFive Healthcare dan VFive Energy.

Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah, berkata ia sebahagian daripada strategi memperluaskan pembabitan kumpulan itu dalam sektor bernilai tinggi serta berimpak masa depan.

Related posts

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

12 Jun 2026
Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

12 Jun 2026

Dalam satu kenyataan, di sini hari ini, beliau berkata, langkah strategik itu mencerminkan komitmen syarikat untuk membina ekosistem perniagaan lebih mampan, progresif dan berdaya tahan, selari dengan perubahan landskap ekonomi global yang kini semakin dipacu oleh industri kesihatan, teknologi hijau dan tenaga lestari.

Penubuhan dua entiti baharu itu juga, katanya, adalah kesinambungan kepada pelan pengembangan agresif syarikat yang sebelum ini turut meneroka sektor pembangunan hartanah dan konsesi.

“Ini dalam usaha mempelbagaikan portfolio strategik serta memperkukuhkan kedudukan VFive Group sebagai syarikat Bumiputera yang kompetitif dan bersedia menghadapi ekonomi masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran rasmi VFive Healthcare dan VFive Energy sempena sesi perjumpaan terbuka VFive Group di sini, yang disertai seluruh warga kerja syarikat, termasuk dari peringkat cawangan secara maya.

Mohd Syafiq berkata, penubuhan VFive Healthcare dan VFive Energy bukan sekadar peluasan perniagaan, tetapi juga langkah strategik jangka panjang kumpulan itu dalam membina nilai baharu yang mampu memberi impak kepada ekonomi, industri dan kesejahteraan masyarakat.

Katanya, VFive Group melihat sektor kesihatan dan tenaga boleh diperbaharui sebagai antara industri masa depan yang mempunyai potensi pertumbuhan sangat besar.

“Ini sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap penyelesaian kesihatan berkualiti, pembangunan lestari dan agenda peralihan tenaga hijau di peringkat domestik serta global.

“Kami percaya masa depan sesebuah organisasi tidak lagi hanya bergantung kepada kekuatan perniagaan tradisional semata-mata, tetapi juga keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global, meneroka sektor strategik baharu dan membina nilai yang mampan untuk jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata, VFive Group turut komited untuk membangunkan model perniagaan yang bukan sahaja memberi nilai komersial kepada syarikat, malah mampu menyumbang kepada agenda pembangunan negara, khususnya dalam aspek kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi baharu dan pembangunan lestari.

VFive Healthcare fokus kepada pembangunan ekosistem kesihatan moden, termasuk penyelesaian penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan teknologi berkaitan industri perubatan serta kesihatan.

Sementara itu, VFive Energy akan memberi penekanan kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian tenaga lestari, sejajar dengan aspirasi negara dalam memperkukuhkan agenda kelestarian dan peralihan tenaga hijau.

Melalui langkah transformasi ini, VFive Group optimis untuk terus berkembang sebagai kumpulan syarikat Bumiputera progresif yang bukan sahaja kompetitif dalam landskap perniagaan semasa, malah berupaya muncul sebagai pemain strategik dalam sektor-sektor masa depan negara

Previous Post

Murid Tahun 6 meninggal dunia, pengsan selepas baca Yasin dalam dewan sekolah

Next Post

PKS Malaysia harap isu geran digital tidak berulang

Next Post
PKS Malaysia harap isu geran digital tidak berulang

PKS Malaysia harap isu geran digital tidak berulang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil