Friday, 12 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong

Zailani by Zailani
12 Jun 2026
in Ekonomi Islam
0
Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong
0
SHARES
13
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 12 JUN – Terengganu terus memperkukuh kedudukannya dalam sektor tenaga hijau apabila sebuah projek pembangunan ladang solar berkapasiti 400 megawatt (MW) bernilai RM1.2 bilion bakal dibangunkan di atas tanah wakaf konsesi Chenderong.

Projek berimpak tinggi itu dimeterai menerusi Majlis Menandatangani Tribute Arrangement Agreement bagi Penstrukturan Semula Putera South Blok 2 yang melibatkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Anglo-Eastern Plantation (AEP) dan reNIKOLA Holdings di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, kelmarin.

Related posts

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

12 Jun 2026
Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

11 Jun 2026

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, pembangunan tersebut merupakan inisiatif strategik yang selari dengan agenda pembangunan mampan negeri serta usaha mempelbagaikan sumber ekonomi.

Beliau menjelaskan, projek itu dijangka menghasilkan kira-kira 930,800 megawatt jam (MWh) tenaga elektrik setiap tahun, selain mewujudkan sekitar 4,270 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu.

“Projek ini bukan sahaja menyokong aspirasi negara dalam memperkukuhkan penggunaan tenaga boleh baharu, malah membuka sumber pendapatan baharu kepada dana wakaf negeri.

“Hasil yang diperoleh kelak boleh dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan, pendidikan dan pembangunan sosial yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya pada Majlis menandatangani Projek Solar antara MAIDAM, Anglo- Eastern Plantation dan reNIKOLA Holdings di sini, kelmarin.

Menurut Mohd Azmi, pelaksanaan projek berkenaan turut membuktikan potensi besar tanah wakaf untuk dibangunkan secara produktif menerusi kerjasama strategik antara institusi agama dan sektor swasta.

“Keistimewaan projek ini adalah pelaksanaannya melibatkan tanah wakaf yang diuruskan oleh MAIDAM. Ini membuktikan bahawa aset wakaf mampu diperkasakan secara profesional dan produktif tanpa menjejaskan tujuan asal pewakafan,” ujarnya.

Beliau berkata, inisiatif tersebut merupakan manifestasi sebenar konsep wakaf yang bukan sahaja memelihara aset, malah mengembangkan manfaatnya kepada generasi semasa dan akan datang.

Tambahnya, pembangunan ladang solar itu dijangka memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri melalui penciptaan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi serta peningkatan aktiviti ekonomi setempat.

“Ini adalah satu langkah penting dalam memperkukuhkan kedudukan Terengganu sebagai negeri yang progresif dalam sektor tenaga hijau dan pembangunan mampan,” katanya.

Projek berkenaan dilihat sebagai antara usaha terbesar negeri dalam memperluaskan penggunaan tenaga boleh baharu, sekali gus menyokong agenda peralihan tenaga negara dan matlamat pembangunan lestari jangka panjang.

Previous Post

Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

Next Post

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

Next Post
JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz
  • Terengganu bangunkan ladang solar 400MW bernilai RM1.2 bilion di tanah wakaf Chenderong
  • Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil