Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Ekonomi Islam

Mohd Afandi Salleh dilantik sebagai Pengerusi HDC

Zailani by Zailani
23 May 2026
in Ekonomi Islam, Semasa
0
Mohd Afandi Salleh dilantik sebagai Pengerusi HDC
0
SHARES
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 23 MEI (Bernama) – Halal Development Corporation Bhd (HDC), agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), melantik Prof Dr Mohd Afandi Salleh sebagai Pengerusi berkuat kuasa serta-merta.

HDC berkata, sebagai Pengerusi, Mohd Afandi akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi global halal, dengan penekanan terhadap pengukuhan kerjasama antarabangsa, kepimpinan dasar dan kepimpinan pemikiran dalam ekosistem halal global.

Related posts

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

14 Jun 2026
Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

14 Jun 2026

“Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam hubungan antarabangsa, tadbir urus dan akademik dengan lebih dua dekad perkhidmatan dalam bidang pendidikan tinggi serta penglibatan dasar global,” kata HDC dalam satu kenyataan.

Mohd Afandi merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Hubungan Antarabangsa dari Durham University, United Kingdom; Sarjana Undang-Undang dalam Undang-Undang Antarabangsa dari Lancaster University, United Kingdom; serta Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dalam Sains Politik dengan minor dalam Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dari Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

HDC berkata, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan penting termasuk sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), dan kini merupakan pensyarah dalam Hubungan Antarabangsa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Mohd Afandi turut menyumbang kepada platform antarabangsa termasuk proses United Nations Universal Periodic Review, selain terlibat dalam pelbagai penglibatan global bersama institusi seperti Geneva International Centre for Justice, ASEAN University Network dan Norwegian Centre for Human Rights.

“HDC yakin dengan kepimpinan Mohd Afandi, perspektif global serta kepakaran multidisiplin beliau akan terus mempercepat pembangunan industri halal Malaysia dan memperkukuh reputasi negara sebagai hab utama perdagangan, pelaburan, inovasi serta pusat kecemerlangan halal,” katanya.

Previous Post

Johor bakal hab operasi berkembar industri Singapura – Penganalisis

Next Post

KTMB tawar 347,000 tiket sempena cuti perayaan panjang, terbesar dalam sejarah perkhidmatannya

Next Post
KTMB tawar 347,000 tiket sempena cuti perayaan panjang, terbesar dalam sejarah perkhidmatannya

KTMB tawar 347,000 tiket sempena cuti perayaan panjang, terbesar dalam sejarah perkhidmatannya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil