Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home SME Bisnes

SSM perkenal pelbagai inisiatif bantu syarikat, PMKS dan golongan sasar

Zailani by Zailani
9 May 2026
in SME Bisnes
0
SSM perkenal pelbagai inisiatif bantu syarikat, PMKS dan golongan sasar
0
SHARES
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 9 MEI (Astro Awani) –  Bagi membantu syarikat yang berdepan kesukaran memenuhi kewajipan pematuhan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperkenalkan Klinik Pematuhan dan Kempen Pemulihan Serah Simpan Dokumen Statutori sehingga 30 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata, program yang bermula 16 April 2026 itu memberi ruang kepada syarikat melaksanakan tindakan pemulihan terhadap dokumen statutori yang gagal diserah simpan.

Related posts

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

JS-SEZ Berpotensi Jadi Pemangkin Pertumbuhan Baharu Asia Tenggara – Onn Hafiz

12 Jun 2026
Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch hubung pelabur dan PMKS

11 Jun 2026

Beliau berkata, melalui kempen itu, syarikat diberi tempoh tiga bulan untuk serah simpan Penyata Tahunan (PT) dan Maklumat Pemunyaan Benefisial (PB) tertunggak, manakala tempoh enam bulan diberikan bagi Penyata Kewangan (PK).

“Selain itu, syarikat juga diberi tempoh tiga bulan untuk memohon pemotongan nama sekiranya tidak lagi beroperasi.

“Langkah ini memberi peluang kepada syarikat untuk menentukan sama ada meneruskan operasi dengan memperbaiki tahap pematuhan atau menamatkan perniagaan secara teratur,” katanya ketika ditemu bual dalam Agenda AWANI, di sini pada Selasa.

Menurut Nor Azimah, program itu turut membolehkan syarikat mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada pegawai SSM selain memperbetulkan status pematuhan dalam tempoh munasabah.

Dalam masa sama, syarikat yang menyertai kempen berkenaan turut menikmati pengecualian tindakan pendakwaan dalam tempoh tertentu serta pengurangan kompaun yang signifikan bagi kesalahan tertentu.

Sementara itu, kata beliau, SSM turut meneruskan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) yang menyediakan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

“Melalui skim itu, golongan OKU bukan sahaja menikmati pendaftaran percuma, malah pembaharuan pendaftaran turut diberikan secara percuma setiap tahun, sekali gus membantu mengurangkan beban kos pematuhan.

“Pengecualian fi sebanyak RM60 diberikan bagi pendaftaran menggunakan nama tred dan RM30 bagi pendaftaran menggunakan nama sendiri,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta golongan berpendapatan rendah (B40), SSM turut melanjutkan tempoh Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) daripada satu tahun kepada dua tahun.

Inisiatif itu, menurutnya, memberi peluang kepada usahawan B40 serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi, politeknik dan institusi kemahiran untuk mendaftarkan perniagaan secara percuma di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, termasuk pembaharuan bagi tahun berikutnya.

Kata beliau, melalui skim berkenaan, pengecualian fi keseluruhan sebanyak RM120 diberikan bagi pendaftaran menggunakan nama tred, RM60 bagi nama sendiri serta RM10 bagi cetakan maklumat perniagaan.

Dalam perkembangan sama, Nor Azimah memberitahu, SSM turut memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma Warga Emas (SPPWE) sebagai kategori baharu di bawah SPPP.

Skim itu menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma bagi tahun pertama kepada warga emas, sekali gus membuka peluang kepada golongan berkenaan menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan.

Menurut SSM, inisiatif itu juga selaras dengan cabaran negara menuju ke arah negara menua, dengan peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas dijangka melebihi 15 peratus menjelang 2030.

“Warga emas yang menyertai skim itu akan menikmati pengecualian fi RM60 bagi pendaftaran nama tred, RM30 bagi nama sendiri serta RM10 bagi cetakan maklumat perniagaan,: tambahnya.

Dalam memastikan semua inisiatif memberi impak, Nor Azimah menegaskan setiap program dilaksanakan secara bersasar melalui kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, institusi pendidikan dan persatuan industri.

“Selain itu, pemantauan berterusan dan penilaian keberkesanan turut dilakukan melalui analisis data, maklum balas pelanggan serta kadar pematuhan.

“Pendekatan ini membolehkan penambahbaikan dibuat dari semasa ke semasa agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh PMKS serta golongan sasar,” ujarnya.

Beliau memberitahu, sehingga 31 Disember lalu, jumlah pendaftaran di bawah SPPP direkodkan sebanyak 190,181, manakala Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) mencatatkan 21,420 pendaftaran.

Previous Post

Pengarah Andalusia terima anugerah pencapaian sepanjang hayat

Next Post

Murid Tahun 6 meninggal dunia, pengsan selepas baca Yasin dalam dewan sekolah

Next Post
Murid Tahun 6 meninggal dunia, pengsan selepas baca Yasin dalam dewan sekolah

Murid Tahun 6 meninggal dunia, pengsan selepas baca Yasin dalam dewan sekolah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil