Sunday, 14 June 2026
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas
No Result
View All Result
BisPointAsia
Home Semasa

Bantuan bersasar disediakan untuk perniagaan terjejas oleh kenaikan kos – BNM

Zailani by Zailani
8 May 2026
in Semasa, SME Bisnes
0
Bantuan bersasar disediakan untuk perniagaan terjejas oleh kenaikan kos – BNM
0
SHARES
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 8 MEI (Bernama) –  Bantuan telah tersedia untuk perniagaan yang terjejas oleh konflik di Asia Barat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata cabaran semasa amat berbeza daripada krisis COVID-19, apabila hampir semua sektor ekonomi terjejas teruk.

Related posts

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall

14 Jun 2026
Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

14 Jun 2026

“Ini tidak seperti COVID apabila sekatan pergerakan dilaksanakan di seluruh negara dan menjejaskan semua pihak.

“Kali ini, impaknya lebih tertumpu pada sektor tertentu, terutamanya yang amat bergantung pada minyak, produk berasaskan minyak mentah dan diesel,” katanya kepada Bernama.

Antara bantuan yang boleh didapati ialah dana khas bertujuan membantu menyediakan modal kerja kepada perniagaan yang menghadapi gangguan operasi dan cabaran aliran tunai. Bantuan pembayaran balik pinjaman seperti pilihan penstrukturan semula dan penjadualan semula juga disediakan untuk peminjam yang terjejas.

Abdul Rasheed berkata perniagaan yang menghadapi kesukaran pembayaran balik digalakkan menghubungi bank masing-masing lebih awal untuk mempertimbangkan pilihan bantuan yang disediakan, termasuk menangguhkan bayaran ansuran buat sementara waktu dan menyemak semula jadual pembayaran balik.

Pada April, BNM memperkenalkan Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SRF), kemudahan pembiayaan berjumlah RM5 bilion untuk membantu PKS termasuk perusahaan mikro, yang terjejas oleh konflik semasa di Asia Barat. 

Kemudahan ini bertujuan melengkapkan bantuan sedia ada yang disediakan oleh industri perbankan dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus berdepan ketidaktentuan global yang meningkat.

Permohonan untuk SME SRF akan dibuka pada 15 Mei 2026, melalui bank-bank yang mengambil bahagian.

PMKS boleh merujuk laman web BNM untuk senarai institusi kewangan yang mengambil bahagian atau menghubungi bank masing-masing secara terus.

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) mengalu-alukan langkah tersebut. 

Industri perbankan turut memperkukuh komitmennya untuk menyokong pelanggan dan memastikan perniagaan yang berdaya maju terus mempunyai akses kepada pembiayaan dan bantuan. Selain itu, usaha sedang dijalankan untuk menghubungi pelanggan dan meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah sokongan yang disediakan secara proaktif.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada April, persatuan berkenaan menggesa PMKS yang terjejas oleh konflik tersebut menghubungi bank masing-masing lebih awal untuk melihat penyelesaian yang sesuai. Ini termasuk bantuan pembayaran balik, pilihan penstrukturan semula dan sokongan modal kerja.

Previous Post

PKS dakwa rugi puluhan ribu ringgit akibat sijil palsu ASEAN Record

Next Post

Pengarah Andalusia terima anugerah pencapaian sepanjang hayat

Next Post
Pengarah Andalusia terima anugerah pencapaian sepanjang hayat

Pengarah Andalusia terima anugerah pencapaian sepanjang hayat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARI KATEGORI

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video

CARI TOPIK MENARIK

2018 League AirBorneo Rancang Pengembangan Balinese Culture Bali United Budget Travel Champions League Chopper Bike Doctor Terawan Gempa Bumi Gempa Bumi Sabah Istana Negara Lancar Operasi Jet Separuh Kedua 2026 Market Stories National Exam Sabah Visit Bali

POPULAR

  • Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    Sinergi Usahawan perkukuh jaringan usahawan dan industri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chef Ustazah dinobatkan Ikon Usahawan TikTok Shop–TEKUN Nasional 2026

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dari bengkel kecil ke pentas Nasional, Tc. Azizol Adam angkat martabat TVET

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Niaga hadapan emas merosot susulan kebimbangan peningkatan konflik Asia Barat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mohamad Shiblie Abg Sapuan dilantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu TEKUN Nasional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Berita Terkini

  • Decathlon buka cawangan premium bermotif songket di 118 Mall
  • Elon Musk manusia pertama bergelar trilionair
  • Operasi AirBorneo semakin stabil selepas pesawat kembali beroperasi

Segment

  • Ekonomi Islam
  • Khas
  • Minda Jutawan
  • Pendapat
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Video
  • Tentang Kami
  • Pengiklanan
  • Hubungi

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil

No Result
View All Result
  • Terkini
  • Semasa
  • SME Bisnes
  • Ekonomi Islam
  • Pendapat
  • Minda Jutawan
  • Video
  • Khas

© 2026 BisPointAsia - Informasi • Keusahawanan • Adil